Bab
III
Siapakah
yang digolongkan ke dalam firqah Ahli’s-Sunnah wal-Jama’ah itu? Antara mereka
yang dinyatakan tennasuk ke dalam firqah Ahli’s-Sunnah itu ialah sebagaimana
yang dicatatkan oleh al-Baghdadi dalam al-Farq baina’lFiraq nya.’-3 Dinyatakan
bahwa mereka itu terdiri daripada delapan golongan.
Pertamanya
mereka yang mempunyai dan berkeyakinan tentang bab-bab mengesakan Allah, nubuwwah, hukum-hukum wa’d Oanjl memberi balasan baik kepada mereka yang melakukan kebaikan) dan wa’id (yaitu janji memberi balasan jahat kepada mereka yang melakukan kejahatan jika tidak diampunkan), pahala, balasan azab, syarat-syarat ijtihad dan imamah, serta mereka menjalani jalan agama yang demikian ini. Mereka ini termasuk daripada golongan mutakallimin yang bebas daripada tashbih dan ta’til daripada perkara-perkara bid’ah Rawafid, Khawarij, Jahmiyah, Najjariyah dan lain-lain golongan sesat yang mengikuti hawa nafsu.

Keduanya
mereka yang terdiri daripada imam-imam dalam ilmu fiqh yang terdiri daripada dua golongan pula, yaitu mereka yang berpegang kepada hadith (dan tidak begitu berpegang kepada fikiran, ra’y) dan yang berpegang kepada hadith (selepas dari pada berpegang kepada Qur’an); mereka ini terdiri dari pada golongan yang beri’tikad tentang dasar-dasar agama (usulu’d-din) mazhab yang percaya kepada sifat-sifat Allah, ZatNya dan mereka yang bersih daripada pegangan Qadariyah dan Mu’tazilah. Mereka percaya kepada harusnya memandang Wajah Allah di akhirat dengan pandangan mata tanpa tashbih dan ta’til, serta mereka mempercayai bangkit dari kubur serta soalan Munkar dan Nakir di dalamnya, juga percaya kepada Kolam Nabi, Sirat, Shafa’at dan keampunan dosa dan mereka tidak mensyirikkan Allah. Mereka percaya kepada kekalnya ni’mat syurga kepada ahlinya dan kekalnya azab neraka kepada ahlinya. Na,udhi billahi min dhalik. Mereka percaya kepada Imamah Abu Bakar, ‘Umar, ‘Uthman dan ‘Ali serta mereka memuji golongan salaf as-Salih dengan pujian yang baik dan mereka berpegang kepada wajibnya sembahyang juma’at di belakang para imam Jumu’at bersih diri mereka daripada bid’ah ahli hawa nafsu yang mengikut keinginan mereka dalam Pegangan itu. Mereka ini juga berpegang kepada wajibnya istinbat hukum hukum Syari’at daripada Qur’an dan Sunnah dan ijma’ para Sahabat, serta mereka memegang kepada ajaran harus menyapu kasut panjang (dalam wudhu’) dan berlakunya tiga talak, dan juga mereka mengharamkan mut’ah serta berpegang kepada wajibnya taatnya kepada Sultan/pemerintah di dalam perkara yan bukan ma’siat terhadap Allah.

Termasuk
ke dalam golongan ini ialah para pengikut imam-imam Malik, Syafi’i, Auza’i,
al-Thauri Abu Hanifah, Ibn Abi Laila juga para pengikut Abi Thaur, Ahmad b.
Hanbal dan ahli zahir dan lain-lain ulama fiqh yang berpegang kepada
Perkara-perkara yang boleh dicapai dengan akal dan berpegang kepada asal usul
sifat Allah serta tidak mencampurkan fiqhnya dengan suatu daripada
bid’ah-bid’ah sesat daripada mereka yang mengikut hawa nafsu yang sesat.
Golongan
Ahlis-Sunah Yang ketiga
ialah mereka yang mempunyai ilmu yang cukup tentang jalan-jalan riwayat hadith-hadith Nabi S.A.W. serta sunnah-sunnah yang datang daripada Baginda S.A.W. serta mereka boleh membedakan antara riwayat-riwayat yang sahih, yang ‘sakit’/tidak shahih, dan mereka tahu tentang sebab-sebab ‘cedera’nya para periwayat, dan ‘adil’nya mereka (dan oleh itu riwayat mereka boleh diterima) dan mereka tidak mencampur adukkan ilmu mereka itu dengan sesuatu daripada ahli hawa nafsu yang sesat.

yang keempat
ialah mereka yang mempunyai ilmu mencukupi tentang sastera dan nahwu serta tasrif serta mereka Yang mengikuti perjalanan imam-imam dalam ilmu bahasa seperti al-Khali’l, Abu ‘Amru bin al-’Ala, Sibawaih, al-Farra’, al-Akhfash, al-Asma’i, al-Mazini dan Abi ‘Ubaid, dan lain-lain imam dalam nahwu yang terdiri daripada golongan orang-orang Kufah dan Basrah Yang tidak mencampur adukkan ilmu mereka dengan bid’ah-bid’ah sesat daripada kaum-kaum sesat itu, seperti kaum Qadariyah, Rafidah atau Khawarij. siapa saja daripada mereka yang cenderung kepada sesuatu daripada aliran bid’ah sesat kaum sesat itu, maka mereka tidak termasuk ke dalam golongan Ahli’s-Sunnah wal-Jama’ah dan pendapatnya dalam lughat dan nahwu tidak menjadi hujjah lagi.

yang kelima
ialah mereka yang mempunyai ilmu yang mencukupi berkenaan dengan segi-segi pembacaan Qur’an (qira’at) serta segi-segi tafsir ayat-ayat Qur’an dan ta’wil-ta’wilnya yang sesuai dengan mazhab Ahli’s Sunnah wal-Jama’ah, dan bukan ta’wil-ta’wil mengikut ahli-ahli aliran-aliran yang sesat itu.

yang keenam
ialah golongan ahli-ahli zuhud dan sufiyah (al-zuhhad al-sufiyah) yang mempunyai pandangan yang tajam, serta mereka mengawal diri daripada apa yang tidak sepatutnya, dan mereka menguji diri dan mendapat pengalaman dalam bidang rohaniah (absaru fa aqsaru wa’khtabaru) serta mereka mengambil i’tibar sebaiknya dan mereka ridha dengan apa yang ditakdirkan oleh Allah. Mereka rasa memadai dengan rezeki yang sedikit (yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka), dan mereka ini tahu bahawasanya pendengaran, pemandangan dan fu’ad atau hati, itu semuanya akan ditanya tentang kebaikan dan kejahatan yang dilakukan. Mereka itu menghisab diri mereka di atas amalan yang dilakukan walau sebesar zarrah, dan mereka mempersiapkan bagi diri mereka persiapan yang sebaiknya bagi hari yang penghabisan itu yaitu Akhirat. Mereka menguraikan ilmu mereka dengan menggunakan jalan ‘ibarat dan isyarat mengikut perjalanan ahli-ahli ilmu hadith, bukan mengikuti mereka yang mengeluarkan kata-kata kosong dan tidak melakukan apa yang baik karena riya’ dan mereka tidak meninggalkan apa yang baik itu karena malu kepada siapa saja. Agama golongan sufiyah ini adalah agama tauhid yang menolak tashbih dan mazhab mereka ialah menyerah diri tunduk (tafivid) kepada Allah, bertawakkal kepadanya serta tunduk taslim bagi perintahnya serta merasa memadai dengan apa yang direzekikan olehnya serta berpaling daripada menentang apa yang ditentukan Allah. Mereka itu adalah sebagaimana yang digambarkan dalam Qur’an.

Maksudnya:
“Itulah pemberian daripada Allah yang dikurniakan kepada siapa saja vang
dikehendakinya dan Allah mempunyai pemberian yang amat besar’.
Golongan
yang ketujuh
ialah mereka yang bersiap sedia menjaga kubu-kubu Muslimin (di sempadan/perbatasan Negeri Islam) dalam menghadapi orang-orang kafir, berjuang melawan seteru Muslimin dan mereka menjaga kawasan Muslimin dan juga memberi perlindungan kepada para wanita maeremkuasiltiumminaz dan rumah tangga mereka serta mendzahirkan pada kubu-kubu mereka itu mazhab Ahli’s-Sunnah wal-Jama’ah. Dalam hubungan dengan mereka inilah Allah turunkan firmannya:

“Dan mereka yang berjihad untuk (mencari keredaan) Kami, benar-benar akan Kami
tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami”.
Mudah-mudahan
Allah kurniakan kepada mereka itu taufik dengan pemberian dan kemurahannya.
Golongan
kelapan
ialah negeri-negeri yang mendukung mazhab Ahli’s-Sunnah wal-Jama’ah, bukannya mendukung tempat-tempat yang merupakan syi’ar-syi’ar bagi golongan-golongan yang sesat dan mengikuti hawa nafsu. Yang dimaksudkan dengan golongan ini ialah golongan orang ramai/banyak di mana-mana yang beri’tikad tentang benarnya ulama’ Ahli’s-Sunnah wal-Jama’ah yang berpegang kepada bab-bab keadilan Tuhan dan TauhidNya, wa’d, wa’id, dan mereka merujuk kepada ulama’ Ahli’s-Sunnah dalam bimbingan ajaran-ajaran agama mereka serta mereka mengikuti Para ulama’ dalam perkara-perkara furu’ berkenaan dengan halal dan haram. Mereka tidak beri’tikad suatupun daripada perkara yang ada dalam pegangan golongan-golongan ahli kesesatan itu. Inilah golongan-golongan yang berada dalam kalangan Ahli’s-Sunnah wal-Jama ah. Merekalah pemegang agama yang benar dan mereka berada di atas Sirat al-Mustaqim. Moga-moga Allah tetapkan mereka di atas kalimah yang hak dan tetap di atas dunia ini dan akhirat. Allahumma amin.

Inilah
yang dikatakan golongan Ahli’s-Sunnah yang dicatatkan daripada uraian
‘Abdul-Qahir al-Baghdadi yang merupakan sesuatu yang sudah jelas selepas
perjalanan sejarah Islam selama empat abad lebih lamanya (Al-Baghdadi meninggal
pada tahun 429 Hijrah/1037 Masehi). Gambarannya adalah sesuatu yang merupakan
‘crystallization’ daripada pegangan insan dan sejarahnya yang boleh rnenjadi
sebagai indeks/masukan bagi kita memahami persoalan ini. Dengan berdasarkan kepada
neraca/pertimbangan yang diberikan oleh al-Baghdadi ini, kita boleh menentukan kedudukan
Ahli’s-Sunnah wal-Jama’ah dan mereka Yang berpegang kepadanya, dalam keadaan
menghadapi berbagai aliran faham Timur dan Barat yang datang dari dalam
masyarakat Islam sendiri dan juga dari luarnya. Bagaimanapun ini bukanlah
tujuan utama perbincangan ini.
Dalam
membela kebenaran Ahli’s-Sunnah dan keselamatan kedudukan mereka sebagaimana
yang dijanjikan dalam hadith-hadith Nabi S.A.W., al-Baghdadi dengan penuh
keyakinan nampaknya menyatakan bahwa:
“Dan kami
tidak mendapati sehingga hari ini dari kalangan firqah-firqah ummat ini
siapakah di kalangan mereka itu yang bersepakat dengan perjalanan para Sahabat
radiya’Llahu ‘anhum melainkan golongan Ahli’sSunnah wal-Jama’ah dari kalangan
para fuqaha’ ummat ini dan para mutakallimin mereka itu yang berpegang kepada
Sifat-sifat Allah lain daripada golongan Rafidah, Qadariyah, Khawarij,
Jahmiyah, Najjariyah, Mushabbihah, Ghulat dan Hululiyah”.
Lepas itu
beliau menyebut satu persatu di mana tidak selamatnya pendirian-pendirian
golongan lain seperti golongan Qadariyah, Khawarij dan seterusnya. Kemudian beliau
menguraikan dasar-dasar yang disepakati di kalangan Ahli’s-Sunnah
wal-Jama’ah.
Dasar
pertamanya,
tentang mengithbatkan hakikat-hakikat dan ilmu-llmu. Katanya bahwa para Ahli’s-Sunnah berijma’ tentang thabitnya ilmu-ilmu sebagai pengertian-pengertian yang ada pada para ulama’ dan mereka mengatakan tentang betapa sesatnya mereka yang menafikan ilmu pengetahuan dan sifat-sifat yang ada pada benda dengan mereka menganggap jahilnya golongan Sophists yang menafikan ilmu dan hakikat sesuatu semuanya. Dianggapnya mereka itu sebagai golongan yang mengingkari apa yang mereka telah mengetahuinya dengan secara jelas. Demikian juga dengan golongan Sophists (Sufasta’iyah) yang syak tentang wujudnya hakikat-hakikat. Demikian juga golongan daripada mereka itu yang berpegang kepada ajaran bahwa hakikat segala sesuatu mengikut anggapan dan mereka menganggapkan sah semua i’tikad-i’tikad walaupun semuanya saling canggah bercanggah/ bertentangan dan nafi menafikan. Semua tiga golongan ini kafir dan ingkar serta degil untuk menerima apa yang diwajibkan akal secara jelas.

Bagi
Ahli’s-Sunnah, ilmu manusia dan ilmu hewan-hewan lain terdiri daripada tiga
jenis ilmu.
Pertamanya
ilmu yang badihi yaitu secara tersendiri tanpa difikirkan. Keduanya ilmu yang bersifat hissi yaitu melalui pengalaman pancaindera dan ketiganya ilmu istidlali yaitu yang datang dengan manusia mengambil dalil dengan menggunakan akalnya. Mereka menyatakan bahwa siapa saja yang menolak ilmu-ilmu yang badihi ataupun ilmu yang hissiyah yang datang melalui pengalaman pancaindera yang lima, itu adalah orang yang degil. Adapun orang yang tidak menerima ilmu-ilmu yang bersifat nazariah dan yang datang dengan pemikiran dengan mengambil dalil, ia perlu diteliti. Kalau hanya terdiri daripada orang yang menolak dan mengingkari pemahaman dengan akal tentang ilmu-ilmu yang boleh difahami dengan akal langsung, maka ia adalah kafir mulhid, hukumnya adalah seperti hukum Dahriyah (atau fahaman yang tidak percaya kepada Tuhan dan mengithbatkan wujud alam benda saja) karena pegangan mereka bahwa alam ini abadi, dan menafikan Tuhan yang menjadikan tambahan lagi dengan pegangan mereka membatalkan semua agama-agama.

Adapun
seseorang yang berpegang kepada kefahaman akal dalam perkara perkara yang boleh
difahamkan dengan akal, dan ia tidak menerima qiyas dalam masalah furu’ hukum
Syariat, seperti ahli mazhab Zahiriyah,maka ia tidak menjadi kafir dengan ia
mengingkari qiyas secara syar’i itu. Golongan Ahli’s-Sunnah menerima
pancaindera sebagai punca-punca pengetahuan yang diakui dan pengesanan
pancaindera adalah diterima.
Golongan
Ahli’s-Sunnah menyatakan juga bahwa khabar mutawatir adalah satu jalan ilmu
yang dharuri/jelas dan benda yang datang melalui punca itu adalah sahih, misalnya
tentang sahnya ada negeri yang belum dikunjungi oleh seseorang itu, tetapi ia
dengar berita mutawatir tentangnya. Itu adalah sebagaimana ilmu kita tentang
adanya para anbiya’ dan raja-raja sebelum zaman kita. Adapun tentang benamya
pengakuan para anbiya’tentang pangkat kenabian mereka maka itu diketahui olch kita
dengan hujah-hujah ilmu secara nazariah.
Golongan
Ahli’s-Sunnah menyatakan bahwa hadith yang melazimkan kita beramal dengannya
adalah tiga jenis: mutawatir, ahad dan yang menengah antara keduanya. Khabar
mutawatir yang mustahil hanya direka-rekakan adalah berkedudukan sebagai ilmu
yang dharuri/jelas dan contohnya ialah seperti berita tentang negeri-negeri yang
belum kita kunjungi,dan ilmu yang kita tahu tentang raja-raja dan nabi-nabi
serta generasi-generasi sebelum kita. Dengan itulah seseorang mengetahui kedua
ibu bapanya dan dengan keduanya ia dinisbahkan.
Adapun
khabar ahad maka bila sah isnadnya dan matannya bukan menasabah dan bukan
mustahil pada akal, maka ianya wajib diamalkan; ianya berkedudukan sebagal
kesaksian orang yang adil di sisi hakim bahwa wajib ia memutuskan hukum
dengannya pada zahir walaupun ia tidak mengetahui tentang benarnya yaitu dalam
kesaksian. Dan dengan khabar jenis inilah maka para fuqaha’ menthabitkan
kebanyakan daripada furu’hukum-hukum Syariah dalam ibadat, mu’amalat, dan lain-lain
bab halal haram. Dan golongan Ahli’sSunnah menganggapkan sesat mereka yang
menggugurkan wajib beramal dengan khabar ahad dari kalangan Rafidah, Khawarij
dan lain-lain golongan sesat.
Adapun
khabar mustafid yang duduk di tengah-tengah antara yang mutawatir dan yang
ahad, maka ianya seperti mutawatir dalam wajibnya berilmu dengannya dan beramal
dengannya; tetapi ia berlainan pula daripada yang mutawatir karena ilmu yang
datang darinya adalah ilmu yang muktasab yang nazari, adapun ilmu yang datang
dari yang mutawatir adalah dikirakan dharuri ti ‘dak muktasab. Dan khabar jenis
ini ada bahagian-bahagiannya pula. Termasuk ke dalam jenisnya ialah
khabar-khabar tentang para anbiya’. Termasuk ke dalam jenis ini juga khabar
yang tersebar di kalangan manusia yang tidak sahih mereka itu melakukan
pembohongan, bila sesuatu berita dikhabarkan di kalangan mereka. Bila seseorang
di kalangan mereka tidak mengatakan ianya bohong, maka kita ketahui bahwa
orang itu berkata benar. Dengan khabar cara inilah kita ketahui tentang
mu’jizat-mu’jizat Nabi kita S.A.W. tentang terbelahnya bulan, bertasbihnya anak
batu dalam tangannya, menangisnya pelepah tamar dan sebagainya. Demikian juga
khabar-khabar mustafidah antara imam-imam hadith dan fiqh yang mereka ijma’
bahwa ianya adalah sahih seperti hadith-hadith tentang Syafa’at, Hisab, Haud,
Sirat, Mizan, azab kubur, soal Munkar dan Nakir.
Demikian
juga khabar mustafidah dalam banyak daripada hukum-hukum fiqh seperti nisab
zakat, had bagi yang minum arak, hadith-hadith tentang menyapu khuf, tentang
rajam, dan yang sepertinya, daripada apa yang diijma’kan oleh fuqaha’. Maka
golongan Ahli’s-Sunnah menganggap sesat mereka yang tidak memahami seperti
mereka dalam hal-hal itu seperti kaum-kaum sesat yang mengikut hawa nafsu
mereka. Contohnya ialah kesesatan kaum Khawarij yang menolak rajam, dan
sesatnya kaum Najdiah yang mengingkari had karena meminum arak dan mengingkari
harusnya menyapu khuf; dan menjadi kafir mereka yang mengingkari memandang
Allah di Akhirat dan yang mengingkari Haud, Syafaat dan azab kubur.
Demikian
juga Ahli’s-Sunnah menganggap sesat kaum Khawarij yang memotong tangan pencuri
yang mencuri sedikit atau banyak daripada tempat simpanan atau tidak,
sebagaimana mereka menyesatkan golongan yang menolak khabar mustafid demikian
juga mereka menganggapkan sesat golongan yang menthabitkan mansukhnya hukum
khabar yang sepakat tentangnya fuqaha’ golongan Ra’y dan Hadith sebagaimana
juga mereka menganggapkan sesat Rafidah yang mengharuskan kawin mut’ah walhal
keharusannya sudah dimansukhkan.
Golongan
Ahli’s-Sunnah bersepakat bahwa Allah Ta’ala mewajibkan ke atas para hambanya
supaya mencapai ma’rifat terhadapnya, dan juga mewajibkan ke atas mereka
ma’rifat terhadap rasuinya, kitabnya, serta beramal dengan apa yang ditunjukkan
oleh Kitab dan Sunnah.
Juga
golongan Ahli’s-Sunnah menganggapkan kafir siapa saja yang menegaskan – dari
kalangan Qadariyah dan Rafidah – bahwa Allah tidak mewajibkan ma’rifat
terhadapnya, sebagaimana yang dipegangi oleh Thumamah dan alJahiz, dan satu
golongan daripada Rafidah. Mereka bersepakat bahwa tiap tiap ilmu kasbi dan
nazari harus Allah menjadikan kita mesti mengetahui tentangnya. Dan mereka
menganggapkan kafir siapa saja yang menegaskan dari kalangan Mu’tazilah, bahwa
ma’rifat terhadap Allah di Akhirat adalah dihasilkan, muktasabah, dengan tidak semestinya kepada ma’rifatnya.
Golongan
Ahli’s-Sunnah bersepakat bahwa punca-punca hukum-hukum Syar’iyah adalah
al-Quran, Sunnah, dan ljma’ golongan Salaf. Mereka menganggapkan kafir orang
yang menegaskan, dari kalangan Rafidah, bahwa pada hari ini – kalau pada zaman
al-Baghdadi, abad kelima Hijrah – tidak ada hujah dalam Qur’an dan Sunnah
karena mereka mendakwakan bahwa para sahabat ada mengubahkan sebahagian
daripada al-Quran dan melakukan tahrif terhadap sebahagian daripadanya.
mengikut
hawa nafsu mereka. Contohnya ialah kesesatan kaum Khawarij yang menolak rajam,
dan sesatnya kaum Najdiah yang mengingkari had karena meminum arak dan
mengingkari harusnya menyapu khuf; dan menjadi kafir mereka yang mengingkari
memandang Allah di Akhirat dan yang mengingkari Haud, Syafaat dan azab kubur.
Demikian
juga Ahli’s-Sunnah menganggap sesat kaum Khawarij yang memotong tangan pencuri
yang mencuri’ sedikit atau banyak daripada tempat simpanan atau tidak,
sebagaimana mereka menyesatkan golongan yang menolak khabar mustafid demikian
juga mereka menganggapkan sesat golongan yang menthabitkan mansukhnya hukum
khabar yang sepakat tentangnya fuqaha’ golongan Ra’y dan Hadith sebagaimana
juga mereka menganggapkan sesat Rafidah yang mengharuskan kawin mut’ah walhal
keharusannya sudah dimansukhkan.
Golongan
Ahli’s-Sunnah bersepakat bahwa Allah Ta’ala mewajibkan ke atas para hambanya
supaya mencapai ma’rifat terhadapnya, dan juga mewaj ibkan ke atas mereka
ma’rifat terhadap rasuINya, kitabnya, serta beramal dengan apa yang ditunjukkan
oleh Kitab dan Sunnah.
Juga
golongan Ahli’s-Sunnah menganggapkan kafir siapa saja yang menegaskan – dari
kalangan Qadariyah dan Rafidah – bahwa Allah tidak mewajibkan ma’rifat
terhadapnya, sebagaimana yang dipegangi oleh Thumamah dan al-Jahiz, dan satu
golongan daripada Rafidah. Mereka bersepakat bahwa tiap-tiap ilmu kasbi dan
nazari harus Allah menjadikan kita mesti mengetahui tentangnya. Dan mereka
menganggapkan kafir sesiapa yang menegaskan dari kalangan Mu’tazilah, bahwa ma’rifat
terhadap Allah di Akhirat adalah dihasilkan, muktasabah, dengan tidak semestinya kepada ma’rifatnya.
Golongan
Ahli’s-Sunnah bersepakat bahwa punca-punea hukum-hukum Syar’iyah adalah
al-Quran, Sunnah, dan ljma’ golongan Salaf. Mereka menganggapkan kafir orang
yang menegaskan, dari kalangan Rafidah, bahwa pada hari ini – kalau pada zaman
al-Baghdadi, abad kelima Hijrah – tidak ada hujjah dalam Qur’an dan Sunnah
kerana mereka mendakwakan bahwa para sahabat ada mengubahkan sebahagian
daripada al-Quran dan melakukan tahrif terhadap sebahagian daripadanya.
(Golongan
Ahli’s-Sunnah menganggapkan kafir golongan Khawarij yang menolak seluruh kitab
sunan yang diriwayatkan oleh perlwayat-Periwayat hadith karena pada pandangan
mereka periwayat-periwayat hadith itu kafir.
Merekaj’uga
menganggapkan kafir al-Nazzam yang mengingkari hujjah ijma’ dan hujjah daripada
riwayat mutawatir. Mereka juga menghukum kafir bagi orang yang berpendapat
mungkin seluruh ummat Islam berijma’ dalam kesesatan (ijtima’al-ummah ‘ala
al-dalalah), juga karena ia berpendapat harus mereka yang terlibat dalam
riwayat yang mutawatir itu bermuafakat mereka-rekakan sesuatu yang bohong.
Inilah penerangan tentang apa yang disepakati oleh Ahli’s-Sunnah dalam hubungan
dengan rukun yang pertama.
Dasar
yang kedua
ialah pegangan Ahii’s-Sunnah tentang barunya alam ini. Mereka telah ijma’kan bahwa alam itu adalah segala sesuatu yang selain daripada Allah, mereka ijma’kan bahwa sesuatu yang selain daripada Allah dan selain daripada sifat-sifatnya yang azali adalah makhluk yang dijadikan serta diciptakan oleh Allah. Mereka juga bersepakat bahwa Tuhan yang menjadikan itu bukan makhluk, bukan yang diciptakan dan bukan dari pada jenis alam ini dan bukan dari pada jenis sesuatu dari pada juzuk alam ini.

Mereka bersepakat lagi bahwa
bahaglan-bahagian daripada alam ini ada dua, jauhar dan ‘arad (pl. Jawahir dan
a’arad), khilaf pendapat mereka yang menafikan a’arad.
Mereka
bersepakat bahwa setiap jauhar adalah juzuk yang tidak boleh berpecah lagi. Dan
mereka menganggapkan kafir al-Nazzam dan ahli-ahli falsafah yang menganggap
boleh berpecahnya tiap-tiap juzuk daripada juzuk-juzuk benda dengan tidak
berkesudahan dan ini dikirakan berlawanan dengan ayat yang bermaksud:
“Dan Dia
(Allah) menghitung segala sesuatu satu persatu.” (Surah al-Jin;28)
Golongan Ahli’s-Sunnah juga
mengithbatkan para malaikat, jin dan syaitan sebagai makhluk-makhluk yang ada
dalam alam ini, dan mereka menganggap kafir mereka yang menafikan demikian itu
dari kalangan ahli falsafah dan golongan Batiniyah.
Kemudian
kenyataan ini disusuli dengan beberapa kenyataan tentang sesatnya golongan ahli
falsafah dan Mu’tazilah dalam hubungan dengan alam benda dan konsep alam.
Mereka
menganggap kafir Abul-Hudhail yang berpegang kepada pegangan bahwa ni’mat
syurga dan azab neraka itu terputus dan mereka menganggap kafir golongan
Jahmiyah yang berpendapat syurga dan neraka itu tidak kekal.
Dasar
yang ketiga
ialah berkenaan dengan Tuhan yang menciptakan alam serta Sifat-SifatNya. Pada Ahli’s-Sunnah, segala sesuatu yang baru itu mesti ada yang menjadikannya dan mengadakannya dan mereka berpegang kepada pegangan bahwa Tuhan yang menjadikan alam ini Dialah yang menjadikan jisim-jisim dan ‘arad-’arad. Mereka menganggap kafir Mu’ammar dan para pengikutnya dari kalangan Qadariyah yang berpendapat bahwa Allah tidak menjadikan sesuatu daripada ‘arad-’arad. la hanya menjadikan jisim-jisim.

Antaranya disebutkan bahwa golongan Ahli’s-Sunnah bersepakat bahwa
Tuban tidak dikandung oleh tempat dan tidak berlalu atasnya masa, khilaf
golongan yang mengatakan Tuhan menyentuh’Arsy, dan’golongan Syihamiyah dan
Karramiyah. Ahli’s-Sunnah juga berijma’ menafikan adanya kecederaan, kesedihan,
kesakitan dan kelazatan daripada Tuhan, serta gerak dan diam, khilaf pendapat
golongan Hisyamiyah dari golongan Rafidah yang menganggap harus ada gerak pada
Tuhan.
Antaranya yang dinyatakan bahwa Ahli’s-Sunnah berijma’ bahwa Allah
Maha Kaya tidak berkehendakkan kepada makhluknya, dan la Itidak mendapat
manfaat daripada menjadikan makhluknya itu dan juga la tidak menolak
kemudaratan daripada DiriNya dengan menjadikan makhluknya itu. Inilah khilaf
pegangan Majusi yang mendakwa bahwa Allah menjadikan para malaikat bagi
menolakkan kesakitan pada DiriNya yang datang daripada syaitan dan
penolong-penolongnya.
Ahli’s-Sunnah
juga berijma’Tuhan yang menjadikan alam itu tunggal, khilaf pendapat yang
mengatakan Tuhan itu dua yang sedia kala, satunya cahaya, Nur dan satu lagi
ialah kegelapan Zulmah (Yazdan dan Ahriman di kalangan Majusi). Pegangan
tentang keesaan Tuhan ini berlawanan dengan pegangan golongan Ghulat di
kalangan Rafidah yang menyatakan bahwa Allah menyerahkan tadbiran alam
kepada’Ali yang merupakan Khaliq yang kedua.
Dasar
keempat ,
berkenaan dengan sifat-sifat yang ada pada Zat Allah, Ahli’s Sunnah berpegang kepada pegangan bahwa sesungguhnya Ilmu Allah, QudratNya, HayatNya, IradatNya, Sama’Nya dan BasarNya, serta KalamNya adalah sifat-sifatnya yang azali serta abadi. Golongan Mu’tazilah menyatakan bahwa tidak ada Qudrat, Ilmu, Hayat bagi Allah Ta’ala dan la tidak dapat dilihat di Akhirat.

berijma’bahwa Qudrat Allah yang berlaku di atas segala yang ditakdirkan itu
semuanya sebagai satu qudrat yang dengannya ditakdirkan semua yang
ditakdirkannya itu. Ini disusuli dengan kesesatan-kesesatan Mu’tazilah dalam
hubungan dengan hal ini.
Antaranya dinyatakan bahawa Ahli’s-Sunnah berijma’ bahwa Ilmu Allah
adalah satu yang dengannya itu la mengetahui segala maklumat secara satu
persatu. Satu golongan daripada Rafidah mengatakan bahwa Allah tidak
mengetahui sesuatu sebelum adanya dan Zurarah bin Kyun dan para pengikutnya di
kalangan Rafidah menyatakan bahwa Ilmu Allah, QudratNya, HayatNya, dan
lain-lain sifat yang baru bahwasanya ia tidak Hidup, Berkuasa dan Mengetahui
melainkan sehingga la menjadikan bagi DiriNya Hayat, Qudrat,Ilmu, Iradat,
Sama’, Basar.
Golongan
Ahli’-Sunnah berijma’ bahwa Sifat Sama’ dan Basar Tuhan meliputi segala yang
didengar dan segala yang dilihat dan Tuhan senantiasalah melihat bagi DiriNya dan
Mendengar bagi Kalam DiriNya. Ini diikuti dengan khilaf Mu’tazilah.
Golongan
Ahli’s-Sunnah berijma’ bahwa Allah boleh dilihat oleh orang-orang yang beriman
di Akhirat. Ini adalah berlawanan dengan pendapat Qadariyah dan Jahmiyah yang
menganggap bahwa mustahil Allah boleh dilihat di Akhirat.
Antaranya dinyatakan bahwa Ahli’s-Sunnah berijma’ bahwa Iradat
Allah adalah Masyi’ah atau KehendakNya; dan mereka ijma’kan bahwa KehendakNya
lulus dalam apa yang dikehendakinya mengikut IlmuNya. Ini disusuli dengan
golongan yang menyalahinya, juga disusuli dengan kenyataan tentang sifat-sifat
lain, seperti hayat, tanpa Roh, Sifat Kalam dan khilaf golongan yang
berpendirian berlainan.
Dasar
yang kelima
tentang nama-nama Allah yang diambil daripada Qur’an dan Sunnah yang sahih.

keenam
tentang keadilan Allah. Dinyatakan pendirian Ahli’s-Sunnah, kemudian diikuti dengan khilaf golongan yang b6rlainan pegangan daripadanya.

ketujuh
tentang nubuwwah dan risalah, perbedaan antara nabi dan rasul; karamat, kedudukan para malaikat dengan para anbiya’disusuli dengan khilaf kaum-kaum yang menyalahi pegangan Ahli’s-Sunnah.

berkenaan dengan mu’jizat dan karamat; mu’jizat yang dihubungkan dengan nubuwwah, karamat dihubungkan dengan aullya’ diikuti dengan khilaf mereka yang menyalahi pegangan Ahli’s-Sunnah.

kesembilan
berkenaan dengan rukun-rukun Islam daripada syahadah sampailah kepada rukun menunaikan haji. Diikuti dengan pegangan kaum-kaum yang berlawanan dengannya.

kesepuluh
berkenaan dengan suruhan dan cegahan dan hukum lima; wajib, mahzur/haram, masnun/sunah, makruh, mubah. Diikuti dengan pegangan kaum yang menyalahinya.

kesebelas
tentang fana’nya sekelian hamba Allah dan hukum terhadap mereka dalam alam abadi, alam barzakh, Haud, Sirat, Mizan, Syafa’ah.

kedua belas
tentang khjlafah dan Imamah. Khllafah diwajibkan di atas umat bagi melakukan tugas-tugas tertentu. ‘Aqd Imamah; disusull dengan khilaf kaum-kaum yang menyalahinya, kedudukan Khulafa’ al-Rashidin mengikuti tertib khilafah mereka, disusuli dengan khilaf golongan yang berlainan pegangan daripadanya.

ketiga belas
berkenaan dengan iman, Islam, tasdiq dan ma’rlfat. Diikuti dengan khilaf pegangan-pegangan yang berlainan daripadanya.

keempat belas
berkenaan dengan auliya’, imam-imam dan para malaikat, serta ajaran tentang ismah. Disusull dengan khilaf kaum-kaum yang berlainan faham daripadanya.

kelima belas,
hukum tentang seteru-seteru Islam, satu mereka yang ada sebelum zahir daulah Islam, dan kedua mereka yang zahir dalam daulah Islam.

PENUTUP
Inilah
antaranya apa yang boleh dipaparkan dalam hubungan dengan konsep Ahli’s-Sunnah
wal-Jama’ah serta sedikit sebanyak perkembangan yang berlaku dalam sejarah
perkembangannya. Walaupun dalam terbentuknya konsep yang akhimya itu kelihatan
termasuk kedalamnya segi-segi sejarah ummat ini, hakikat ajaran dan amalan
Ahli’s-Sunnah adalah merupakan hakikat yang telah ada pada zaman awal Islam
lagi. Perkembangan kemudian itu adalah merupakan sesuatu sebagai deployment/perkembangan,
sesuatu pernyataan dirinya pada masa kemudian, sebagaimana pokok adalah
penyataan diri bagi hakikatnya yang ada dalam benihnya itu. Dalam konsep
Ahli’s-Sunnah wal-Jama’ah inilah terletaknya neraca penerimaan atau penolakan
segala sesuatu yang berhubungan dengan pegangan dan amalan keagamaan.