PENDAHULUAN
TAKDIRNYA
mazhab Ahli’s-Sunnah Wal-Jama’ah merupakan mazhab yang paling dominan dalam
sejarah ummat ini dan ia nya merupakan mazhab yang orthodoks dalam pengertian
yang asalnya yaitu mazhab yang benar, asal, tepat mengikut apa yang dikehendaki
oleh ajaran dan amalan Islam itu sendiri. Walaupun di dalamnya terdapat
beberapa pendirian yang mengambil kira peristiwa sejarah awal Islam – yang
memang tidak boleh dielakkan – hakikat ajaran dan pendiriannya adalah hakikat
yang telah ada dalam Islam semenjak awal; penzahirannya dalam sejarah kemudian
dengan istilah-istilah itu adalah merupakan ‘deployment’ proses perkembangan
kemudian yang semestinya berlaku sebagaimana berkembangnya pokok daripada biji
benihnya dengan segala sifat-sifat yang telah ada padanya sejak awal lagi.
Dalam nota ringkas ini in sha’Allah akan ditelitikan sedikit sebanyak
perkembangannya dalam sejarah dan juga konsep-konsep asas yang terlibat dalam
perkembangan ini untuk memperingatkan kembali segi-segi demikian ini
berhubungan dengan identiti umat ini. Moga-moga ini mendatangkan faedah bersama
dan bukan merupakan sesuatu untuk kepentingan ilmiah semata, walau bagaimana
relevannya kepentingan ilmiah itu pada parasnya sendiri.
Bab I
SEBELUM
dilihatkan kembali segi-segi sejarahnya, eloklah dimulakan perbincangan ini
dengan meneliti istilah Ahli’s-Sunnah wa’I-Jama’ah itu sendiri dan
punca-puncanya. Penggunaan istilah jama’ah Muslimin memang terdapat dalam
hadith-hadith, terutamanya dua istilah iaitu “jamaah” dan “firqah” dengan
pluralnya “firaq”. Dalam Sunan Ibn Majah 1 riwayat dari Abu Hurairah
radiya’Llahu ‘anhu:
Maksudnya:
“Orang-orang Yahudi telah berpecah menjadi tujuh puluh satu golongan atau
puak(firqah) dan umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan”.
Dalam
catitan nota kakinya oleh Muhammad Fu’ad ‘Abdul Baqi dinyatakan bahawa mereka
yang dikatakan “umatku” itu adalah umat ijabah, ahli Qiblat, dan perpecahan
yang dimaksudkan itu adalah dalam bidang usul dan ‘aqidah, bukan dimaksudkan
dalam bidang furu’ dan ‘amaliyat.
Sebuah
hadis lagi ialah diriwayatkan daripada ‘Auf bin Malik bahawa baginda
salla’Llabu ‘alaihi wa sallam bersabda:
Maksudnya:
“Orang-orang Yahudi telah berpecah kepada tujuh puluh satu golongan (ihda wa
sab’ina firqatan). Satu golongan daripada mereka itu dalam syurga dan yang
tujuh puluhnya dalam neraka. Orang-orang Nasara pulaberpecah menj’adi tujuh
puluh dua golongan, tujuh puluh satu golongan mereka dalam neraka, dan satu
golongan dalam syurga. Demi Tuhan yang dirl Muhammad berada dalam tangan
kekuasaannya, benar-benar umatku akan berpecah kepada tujuh puluh tiga
golongan, satu golongan berada dalam syurga dan tujuh puluh dua dari mereka
dalam neraka’ Baginda ditanya: Siapakah mereka (yang masuk syurga) itu?”. Jawab
Baginda “Jama’ah”.
Boleh
dilihatkan bagaimana disebutkan golongan yang selamat itu adalah “jama’ah”.
Dalam
catatan pentahkiknya dengan berdasarkan kepada az-Zawa’id 3 bahawa isnadnya
terdiri daripada mereka yang dipercayai.
Dalam
sebuah hadith lagi diriwayatkan daripada Anas bin Malik radiya’Llahu’anhu
bahawa baginda salla’Llahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
Maksudnya:
“Sesungguhnya Bani Isra’il berpecah menjadi tujuh puluh satu golongan. Dan
sesungguhnya umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh dua golongan (firqah),
semuanya masuk neraka, melainkan satu golongan, iaitu al-Jama’ah”.
Boleh
diperhatikan bahawa yang disebutkan sebagai golongan selamat di sini ialah
“al-Jama’ah”. Dan dari segi isnadnya, sebagaimana yang dicatitkan 5 isnadnya
adalah sahih dan periwayat-periwayat di dalamnya oleh pentahkik
adalah
mereka yang kepercayaan (rijaluhu thiqat).
Kepentingan
berpegang kepada jama’ah Muslimin yang berada atas jalan yang hak itu
disebutkan dalam sebuah hadith dari Hudbaifah bin al-Yaman radiya’Llahu ‘anhu,
katanya bahawa Nabi S.A.W. bersabda bila diminta baginda menyifatkan
penyeru-penyeru kepada neraka jahannam pada akhir zaman, katanya, “Mereka itu
kaum dari bangsa kita (jildatina) dan bercakap dengan bahasa kita”. Lalu
Hudhaifah bertanya, “Apakah yang tuan hamba suruh bila hamba bertemu dengan
keadaan itu?”. Jawab Baginda: “Hendaklah tuan hamba berpegang kepada jamaah
Muslimin dan imam mereka. Maka kalau tidak ada jamaah dan tidak ada imam
mereka, hendaklah engkau tinggalkan golongan-golongan itu semua sekali,
walaupun engkau terpaksa berpegang kepada pangkal pokok kayu dan engkau mati
dalam keadaan demikian itu”.
Hadith di
atas jelas menunjukkan kepentingan berpegang kepada jamaah Muslimin dan imam
mereka.
Hadith
berkenaan dengan kepentingan berpegang kepada jamaah Muslimin dan imam mereka
terdapat juga dalam Sahih al-Bukhari 7 riwayat daripada Hudhaifah bin al-Yaman;
di dalamnya disebutkan oleh baginda S.A.W. penyeru-penyeru yang menyeru manusia
kepada neraka jahannam, dan Hudhaifah meminta arahan daripada baginda apa yang
patut dilakukan dalam keadaan itu. Sabda Baginda:
Maksudnya:
“Hendaklah engkau berpegang kepada jamaah Muslimin dan imam mereka……. (dan bila
tidak ada mereka itu) hendaklah engkau meninggalkan semua golongan-golongan itu
walaupun engkau terpaksa berpegang kepada pangkal pokok kayu dan engkau mati
dalam keadaan demikian itu”.
Dalam
kitab al-Farq baina’l-Firaq, al-Khatib al-Baghdadi rahimahu’Llahu Ta’ala ada
menyebutkan beberapa hadith berkenaan dengan perpecahan ummat dalam bab awal
kitabnya itu.
Antara
hadith-hadith itu ialah yang diriwayatkan daripada ‘Abdullah bin ‘Amru radiya’Llahu
‘anhu Baginda diriwayatkan bersabda:
Maksudnya:
“Benar-Benar akan berlaku atas umatku apa yang telah berlaku ke atas Bani
Isra’il. Bani Isra’il telah berpecah menj’adi tujuh puluh dua golongan
(ithnatain wa sab’ina millatan) dan umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh
tiga golongan (thalathin wa sab’in millatan) meleblhi mereka itu satu golongan
(millah). Semua mereka itu dalam neraka melainkan satu golongan (illa millatan
wahidatan).
Mereka
bertanya Baginda, “Siapakah satu millah yang tidak masuk neraka itu?”. Jawab
Baginda, “(Mereka itu adalah golongan yang mengikut) perjalanan hidupku dan
para sahabatku (ma ana ‘alaihi wa ashabi)”.
Sebuah
hadith lagi yang disebutkan dalam kitab al-Farq baina’l-Firaq ialah yang
diriwayatkan daripada Anas melalui Qatadah, bahawa Baginda S.A.W. bersabda:
Maksudnya:
“Sesungguhnya Bani Isra’il berpecah kepada tujuh puluh satu golongan (firqah)
dan sesungguhnya umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh dua golongan (‘ala
thinatain wa sab’infirqatan), semuanya dalam neraka melainkan satu iaitu
al-jama’ah”.
“Abdul
Qahir al-Baghdadi menyatakan bahawa hadith yang datang riwayatnya daripada Nabi
S.A.W berkenaan dengan perpecahan umat (iftiraq al-ummah) itu banyak
isnad-isnadnya.9 Satujamaah daripada para sahabat meriwayatkan hadith itu
daripada Nabi S.A.W. seperti Anas bin Malik, Abu Hurairah, Abu Darda’, Jabir,
Abu Sa’id al-Khudri, Ubay bin’Ka’ab, ‘Abdullah bin ‘Amr bin al-’As, Abu Umamah
dan Wathilah bin al-Asqa’dan yang lain daripada mereka itu.
Beliau
menyatakan lagi bahawa ada diriwayatkan daripada Khulafa’ alRashidin
radiya’Llahu ‘anhum bahawa mereka itu ada menyebut perpecahan umat yang akan
berlaku selepas mereka dan mereka menyebutkan ada satu golongan yang selamat,
yang lain itu dalam kesesatan di dunia dan di akhirat mereka mengalami
kebinasaan.
Beliau
menyatakan lagi bahawa Baginda S.A.W. menunjukkan kecelaan kaum Qadariyah dan
menyatakan bahawa mereka itu adalah golongan Majusi bagi umat ini
Selain
dari itu ada riwayat daripada Baginda S.A.W. yang menunjukkan kecelaan kaum
Murji’ah beserta dengan kaum Qadariyah itu; ada riwayat yang menunjukkan
kecelaan kaum Khawarij. Selain daripada riwayat daripada Baginda S.A.W.
sendiri, ada riwayat daripada pemuka para Sahabat (a’lam as-sahabah) berkenaan
dengan kecelaan kaum Qadariyah,Murji’ah dan Khawarij.
Pada
fahaman ‘Abdul Qahir al-Baghdadi 12 yang disebutkan sebagai golongan-golongan
yang keji itu yang dikatakan ahli neraka itu merujuk kepada golongan-golongan
dari kalangan para fuqaha’ (firaq al-fuqaha’) yang mempunyai pendirian yang
berlainan dalam masalah-masalah cawangan fiqh beserta mereka itu bersetuju
dalam bidang usul agama. Beliau menyatakan pendirian atau kefahaman yang
demikian itu adalah berdasarkan kepada kaedah bahawa dalam perkara-perkara
furu’ tentang halal dan haram yang berlaku di dalamnya khilaf di kalangan
‘ulama’ Muslim ada dua pendapat; satunya mereka yang menganggap benar semua
pandangan mujtahidin yang dikeluarkan dalam masalah-masalah furu’fiqh. Pada
pendapat mereka yang berpegang kepada kaedah ini golongan fiqh adalah benar.
Keduanya mereka yang menganggap di dalam tiap-tiap masalah furu’ ada satu
golongan yang benar, dan yang baki lagi itu tersilap, dan peri tersilapnya
golongan yang baki lagi itu tidak membawa kepada kesesatan.
Seterusnya
beliau menyatakan bahawa Baginda S.A.W. mendetailkan sebutan tentang
golongan-golongan tercela (firaq al-mudhmumah)sebagai golongan-golongan
mengikut hawa nafsu yang sesat yang menyalahi golongan yang selamat itu dalam
perkara-perkara: keadilan Tuhan dan tauhid, dalam al-Wa’d dan al-Wa’id, bab
al-Qadr dan al-Istita’ah, atau dalam bab Taqdir baik dan buruknya, bab hidayah
dan kesesatan, atau bab Iradah dan Mashi’ah (Kehendak dan Iradat Allah) atau
bab Ru’yah atau Idrak (Melihat Tuhan dan mencapainya), atau bab-bab sifat-sifat
Allah dan nama-namanya, atau dalam satu bab daripada bab-bab ta’dil dan
taj’wiz, atau satu bab daripada bab-bab nubuwwah dan syarat-syaratnya dan
sebagainya, daripada bab-bab yang di dalamnya Ahli’s-Sunnah Wa ‘ I-Jama’ah
bersepakat. Yang tidak bersepakat dengan Ahli’s-Sunnah wal-Jama’ah ialah
golongan Ahlu’I-Ahwa’ad-Dallah, golongan pengikut hawa nafsu yang sesat, yang
terdiri daripada Qadariyah,Khawarij, Rawafid, Najjariyah, Jahmiyah, Mujassimah
dan Mushabbihah, dan mereka yang mengikuti pegangan yang sesat. Ringkasnya,
mengikut beliau bahawa sahlah pentakwilan maksud hadith berkenaan dengan
golongan-golongan yang sesat itu adalah golongan yang bukan termasuk di
dalamnya mereka yang berikhtilaf dalam bidang furu’ fiqhiyyah bahkan dalam bidang
usulu’d-din.
Hadith-hadith
sebagaimana yang disebutkan di atas didapati dalam Sahih Tirmidhi, 14 riwayat
dari Abu Hurairah; diriwayatkan bahawa Baginda S.A.W. bersabda:
Maksudnya:
“Sesungguhnya orang-orangyahudi telah berpecah menjadi tujuh puluh, satu
golongan atau tujuh puluh dua golongan, dan orang-orang Kristian seperti itu
juga, dan umatku akan berpecah menj adi tujuh puluh tiga golongan (firqah) “.
Dinyatakan oleh Tirmidhi bahawa ini hadith hasan sahih.
Sebuah
lagi hadith diriwayatkan dalam Sahih Tirmidhi 15 dari riwayat ‘Abdullah bin
‘Amr radiya’Llahu ‘anhu bahawa Baginda S.A.W. bersabda:
Maksudnya:
“Benar-benar akan berlaku ke atas umatku apa yang telah berlaku atas Bani
Isra’il seperti selipar dengan selipar, sehinggajikalau ada di kalangan mereka
seseorang yang mendatangi emaknya sendiri (bersetubuh dengannya) dengan
terang-terangan, akan ada di kalangan ummatku seseorang yang melakukan demikian
itu; dan sesungguhnya Bani Isra’il berpecah kepada tujuh puluh dua golongan
(millah) dan umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan (millah)
semua mereka itu dalam neraka melainkan satu golongan (yang tidak masuk
neraka). Para sahabat bertanya: (Siapakah mereka dalam) millah yang satu itu
wahai Rasulullah? Kata Baginda “(Mereka itu adalah golongan yang mengikuti)
perjalanan hidupku dan para sahabatku”. Hadith gharib.
Tentang
hadith yang menganjurkan supaya sentiasa diikuti sunnah Baginda S.A.W., maka
kita teringat kepada hadith riwayat Tirmidhi, 16 riwayat daripada ‘Irbad bin
Sariyah katanya, bahawa pada suatu hari selepas sembahyang pagi (iaitu lepas
subuh) Nabi S.A.W. menyampaikan pengajaran yang cukup maksudnya, maka dari itu
keluarlah air mata orang ramai, dan hati mereka pun menjadi takut, maka (dalam
hal itu) berkatalah seorang lelaki “Sesungguhnya nasihat adalah nasihat seperti
nasihat mengucap selam ‘ at tinggal, apakah yang tuan hamba ingin mewasiatkan
kepada kami wahai Rasulullah?” Lalu Baginda S.A.W. bersabda:
Maksudnya:
“Aku berwasiat kepada kamu sekelian supaya bertaqwa kepada Allah, supaya
mendengar dan taat, walaupun ia seorang hamba abdi bangsa Habsyi (yang diangkat
menjadi ketua kamu sekelian); maka sesungguhnya sesiapa dari kalangan kamu yang
hidup (bila sampai masanya) ia akan melihat berlaku perselisihan yang banyak,
dan bendaklah kamu berjaga-jaga daripada (mengadakan) perkara-perkara baru
(dalam urusan agama), maka sesungguhnya itu adalah kesesatan; maka sesiapa di
kalangan kamu yang mendapat perkara demikian itu hendaklah ia mengikuti
Sunnahku dan Sunnah para Khulafa’ a]-Rasyidin yang mendapat hidayat daripada
Allah, dan hendaklah kamu berpegang kepada Sunnah itu dengan gigi geraham
kamu”. Hadith hasan sahih.
Dengan
jelas sekali hadith ini menyuruh berpegang kepada Sunnah Nabi S.A.W. dan
perjalanan para Khulafa’ al-Rasyidin yang terpimpin ke jalan yang benar.
Hadith
yang demikian itu juga didapati dalam Sunan Ibn Majah 17,juga nwayat dari
‘Irbad bin Sariyah radiya’Llahu ‘anhu, bahawa Nabi S.A.W. bersabda selepas
daripada Baginda memberi nasibat yang cukup berkesan pada hati, katanya:
Maksudnya:
“Hendaklah kamu semua bertaqwa kepada Allah; hendaklah kamu dengar dan taat
(kepada pemimpin kamu) walaupun ianya seorang hamba Habsyi. Dan kamu akan
melihat selepasku perselisihan yang teruk dan berat (ikhtilafan shadidan). Maka
hendaklah kamu berpegang kepada perjalanan sunnahku dan sunnah atau perjalanan
hidup para Khulafa’ al-Rashidin yang mendapat hidayat dari Tuhan. Hendaklah
kamu berpegang kepada perjalanan itu dengan gigi geraham kamu. Jaga-jagalah
diri kamu daripada (mengadaadakan atau mengikut) perkara-perkara baru (dalam
urusan agama); maka sesungguhnya tiap-tiap bid’ah itu adalah kesesatan”.
Boleh
diperhatikan dalam hadith ini kelainan kalimat dadpada hadith terdahulu, laitu
ikhtilafah shadidan mengganti ikhtilafan kathiran. Yang ditekankan dalam hadith
ini ialah keperluan berpegang kepada Sunnah Baginda S.A.W. dan para Khulafa’
al-Rashidin. Berkenaan dengan konsep Khulafa’ alRashidin, dikatakan oleh
pentahkiknya bahawasanya ada kaul yang menyatakan bahawa yang dimaksudkan
Khulafa’al-Rashidin itu bukan sahaja terbatas kepada mereka itu, tetapi
termasuk mereka yang menjalani perjalanan sebagaimana mereka itu yang terdiri
daripada para pemimpin Muslimin (min a’immat’ul-Islam). Kata beliau lagi:
Mereka itu adalah para khalifah bagi Rasulullah S.A.W. yang menegakkan al-haqq
dan menghidupkan agama dan memimpin manusia kepada perjalanan yang benar.
Penafsiran demikian ini nampaknya dibenarkan oleb sebuah hadith yang
menyebutkan para khulafa’ sebagai mereka yang menghidupkan Sunnah Nabi S.A.W.
Maksudnya:
“Moga-moga rahmat Allah dicucurkan ke atas para khalifahku. Baginda ditanya:
Siapakah para khalifah tuan hamba ya Rasulullah?. Mereka yang menghidupkan
Sunnahku…………… (Hadith riwayat dari al-Hassan) 18
Selain
dari itu juga kita boleh sebutkan sebuah lagi hadith riwayat Ibn Majah 19 juga
riwayat daripada al-’lrbad bin Sariyah radiya’Llabu ‘anhu bahawa Baginda
bersabda bila diminta tambahkan wasiatnya:
Maksudnya:
“Aku telah meninggalkan kamu dalam perjalanan yang terang benderang (‘yang
putih’ (al-baida’) yang bennaksud millah dan hujjah yang nyata yang tidak ada
kekeliruan lagi di dalamnya); Malaninya adalah seperti siangnya. Tidak menjadi
terseleweng selepasku melainkan orang yang sengaja membinasakan dirinya.
Sesiapa daripada kamu semua yang hidup (sampai masa itu) maka ia akan melihat
perselisihan yang banyak (ikhtilafan kathiran); maka hendaklah kamu berpegang
kepada apa yang kamu ketahui daripada Sunnahku dan Sunnah Khulafa’al-Rashidin
yang dikurniakan hidayat (oleh Allah). Hendaklah kamu berpegang kepadanya
dengan gigi geraham kamu. Dan hendaklah kamu taat (kepada para pemimpin kamu)
walaupun (yang diangkat menjadi pemimpin itu) seorang hamba bangsa Habshi.
Sesungguhnya seseorang Mu’min itu adalah seperti unta yang dicucuk hidungnya
(iaitu ada tali penuntunnya pada hidungnya), ke mana ia dibawa, ia mengikut
(iaitu orang Mu’min yang tidak takabbur dan merendah diri itu mengikut
peraturan Syara’di mana ia dibawa”.
Jelas
dalam hadith ini tuntutan di atas umat supaya mengikuti Sunnah Nabi S.A.W. dan
perjalanan Khulafa’al-Rashidin dan mereka yang sedemikian itu pedalanannya.
Demikian juga ditekankan kepada mereka dasar ketaatan yang sewajamya yang
dituntut oleh Syara’.
Selepas
meneliti beberapa hadith berkenaan dengan masalah perpecahan ummat dan golongan
yang selamat serta tuntutan supaya orang mu’min itu mengikuti Sunnah Nabi
S.A.W., Sunnah Khulafa’al-Rashidin, dan pedalanan para Sahabat, Allah meredhai
mereka itu, ada beberapa pengamatan yang boleh dibuat berkenaan dengan nas-nas
ini.
Antaranya bahawa hadith-hadith itu adalah kuat sandarannya, maka oleh
itu jelas mengapa itu semuanya dijadikan sandaran bagi memahami perihal ini di
kalangan para ulama’ kita yang mu’tabar. Tentang perpecahan-perpecahan yang
berlaku dalam sejarah tiga agama besar itu, itu nampaknya biasa, sebagaimana
yang didapati dalam al-Quran yang kerap menyebut tentang AhlilKitab yang
terdiri dari al-Yahud wan-Nasara. Maka dalam hadith-hadith berkenaan dengan
perpecahan ini tersebutjuga al-Yahud wan-Nasara. Kalimat-kalimat yang digunakan
bagi menyebut “golongan” itu ialah antaranya “firqah” jamak “firaq”, “millah”,
tapi tidak disebut jamaknya;
yang
tidak ada kekeliruan kemungkinan lagi di dalamnya. Orang yang terseleweng
daripadanya adalah Orang Yang mempunyai kecenderungan yang tidak baik Yang
dengan sengaja mernbinasakan dirinya. Istilah ini menarik hati kita oleh kerana
ianya memberikan konsep tentang kewujudan umat yang berdiri di atas aiaran dan
Pegangan yang nonnative, yang menjadi penentu,
atau
neraca bagi memutuskan sesuatu itu benar atau wajar atau sebaliknya’ 20 Itulah
ummah ahlul-haqq yang orthodoks dalam pengertian yang sebenar-benamya. Neraca inilah
yang menentukan konsep Ahli’s-Sunnah wal-Jama’ah yang sistem keilmuannya
diuraikan kemudian.