Nabi
Idris a.s. ialah salah seorang rasul dan nabi yang diturunkan oleh Allah s.w.t.
untuk membimbing manusia ke jalan yang benar. Nabi Idris merupakan rasul kedua
daripada 25 rasul yang wajid diketahui oleh umat Islam
Kisah
Nabi Allah Idris a.s
Tidak
banyak keterangan yang didapati tentang kisah Nabi Idris di dalam Al-Quran
mahupun dalam kitab-kitab Tafsir dan kitab-kitab sejarah nabi-nabi.Di dalam
Al-Quran hanya terdapat dua ayat tentang Nabi Idris iaitu dalam surah Maryam
ayat 56 dan 57:
“Dan
ceritakanlah { hai Muhammad kepada mereka , kisah } Idris yang terdapat
tersebut di dalam Al-Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat
membenarkan dan seorang nabi. 57 – Dan Kami telah mengangkatnya ke martabat
yang tinggi.” { Maryam : 56 – 57 }
Surat 021. Al Anbiyaa' ayat 85 – 86
85. dan (ingatlah kisah) Ismail, Idris dan Dzulkifli. semua
mereka Termasuk orang-orang yang sabar.
86. Kami telah memasukkan mereka kedalam rahmat kami.
Sesungguhnya mereka Termasuk orang-orang yang saleh.
Nabi
Idris adalah keturunan keenam dari Nabi Adam a.s. putera dari Yarid bin
Mihla’iel bin Qinan bin Anusy bin Syith bin Adam A.S. dan adalah keturunan
pertama yang dikurniai kenabian menjadi Nabi setelah Adam dan Syith. Menurut
kitab tafsir 1000 tahun selepas Nabi Adam a.s wafat.
Nabi
Idris dianugerahkan kepandaian di dalam pelbagai disiplin ilmu kemahiran serta
mencipta peralatan yang digunakan manusia sekarang ini seperti penulisan,
matematik, astronomi, dan lain-lain lagi. Menurut sebuah kisah, terdapat satu
masa di mana kebanyakan manusia telah melupakan tuhan, dan bumi telah dihukum
dengan kemarau. Walau bagaimanapun, Nabi Idris a.s. telah berdoa ke hadrat Allah
s.w.t. dan berakhirlah musim kemarau tersebut dengan turunnya hujan.
Nabi
Idris menurut sementara riwayat bermukim di Mesir di mana ia berdakwah untuk
agama Allah mengajarkan tauhid dan beribadat menyembah Allah serta memberi
beberapa pendoman hidup bagi pengikut-pengikutnya agar menyelamat diri dari
seksaan di akhirat dan kehancuran serta kebinasaan di dunia. Ia hidup sampai usia
82 tahun.
Menurut
sebuah buku The Prophet of God Enoch: Nabiyullah Idris, Idris ialah nama Arab
bagi Enoch. Beliau dinyatakan di dalam Al-Quran sebagai manusia yang dipilih
oleh Allah s.w.t. sehingga beliau diangkat ke langit.
Satu
kepercayaan yang tidak dipastikan kesahihannya mengatakan bahawa piramid telah
dibina sebagai merujuk kepada Nabi Idris a.s., kerana di kawasan itulah di mana
beliau diangkat ke langit.
Nasihat
dan Pengajaran
Di antara
beberapa nasihat dan kata-kata mutiaranya ialah : ~
1. Kesabaran
yang disertai iman kepada Allah membawa kepada kemenangan.
2. Orang
yang bahagia ialah orang yang waspada dan mengharapkan syafaat daripada
Tuhannya
dengan
amal-amal solehnya.
3.
Apabila kamu memohon sesuatu kepada Allah dan berdoa maka ikhlaskanlah niatmu
demikian pula puasa dan sholatmu.
4.
Janganlah bersumpah dalam keadaan kamu berdusta dan janganlah menuntup sumpah
dari orang yang berdusta agar kamu tidak menyekutui mereka dalam dosa.
5.
Taatlah kepada raja-rajamu dan tunduklah kepada pembesar-pembesarmu serta
penuhilah selalu mulut-mulutmu dengan ucapan syukur dan pujian kepada Allah.
6.
Janganlah iri hati kepada orang-orang yang bernasib baik , kerana mereka tidak
akan banyak dan lama menikmati nasib baiknya.
7. Barang
siapa melampaui kesederhanaan tidak sesuatu pun akan memuaskannya.
8. Tanpa
membahagi-bahagikan nikmat yang diperolehnya seorang tidak dapat bersyukur
kepada Allah atas nikmat-nikmat yang diperolehinya itu.
Firman
Allah bahawa Nabi Idris diangkat martabatnya. Ibnu Abi Hatim dalam tafsirnya
meriwayatkan bahawa Nabi Idris wafat tatkala berada di langit keempat dibawa
oleh seorang Malaikat Wallahu a’alam bissawab.