Isteri
Nabi Nuh memandang anaknya sambil menyesali dirinya. “Aduhai malangnya nasib
yang membuatku menjadi isteri lelaki itu selama bertahun-tahun. Berapa lama
lagi aku harus menanggung sengsara dan celaka seperti ini?”
Kemudian
ia membawa anaknya pergi ke Makbad Besar.Di Makbad Besar, sekelompok orang
sedang berbantah-bantah tentang Nabi Nuh. Melihat isteri Nabi Nuh dan Kan’an
datang mereka segera berkelompok di sekelilingnya dan berkata kepadanya.
“Benarkah berita yang sampai kepada kami bahwa Nuh akan membuat sebuah
bahtera?” “Hal itu
aku dengar dari mulut Nuh sendiri,” jawab isteri Nabi Nuh.
Bertambahlah
kemarahan orang-orang itu. Jika hal itu dimaksudkan sebagai olok-olok Nuh
kepada mereka, maka mereka akan mengusir Nabi Nuh dari negeri mereka. Kaum Nabi
Nuh tersebut kemudian pergi ke tengah kota. Di sana Nabi Nuh sedang
mempersiapkan kayu-kayu untuk dibuat bahtera. Di sekelilingnya ada sekelompok
orang-orang yang beriman kepadanya yang membantunya menyediakan kayu-kayu itu.
Sementara
itu, kaum Nabi Nuh mulai mengolok-oloknya. Salah seorang dari mereka berteriak.
“Baiklah, Nuh! Nyata sekali bahwa kamu akan datang dengan membawa bahtera
kepada kami di sini, sehingga kami dapat naik bahtera yang kamu buat di atas
padang pasir yang tandus ini!”
Suara
yang lain terdengar: “Baiklah, Nuh! Apakah kamu akan menyuruh kaum mukminin
untuk datang kepadamu dengan membawa bekas-bekas yang penuh air untuk
dituangkan ke bawah bahtera ini sehingga engkau dapat membuat sebuah kolam yang
di atasnya bahteramu belayar?”
Yang lain
lagi berseru.” Hal itu tentu saja akan memakan waktu beberapa ratus tahun,
tahukah kamu, Nuh?” Kemudian
di antara mereka ada yang tertawa sambil mengejak Nabi Nuh.”Dan semua air akan
diserap oleh pasir…”
Nabi Nuh
tidak memberikan jawaban terhadap ejekan-ejekan dan cemuhan-cemuhan mereka itu
melainkan hanya berucap dengan beberapa kalimat pendek: “Jika kamu memperolok
kami, kami pun akan memperolokkan kamu,sebagaimana kamu memperolokkan kami!
Tapi kamu akan sadar, kepada siapa akan datang azab yang meliputi dirinya
dengan kehinaan. Dan kepada siapa akan turun azab yang tiada akhirnya.” (Surah Hud ayat 38-39)
Beberapa
tahun telah berlalu. Nabi Nuh telah menyelesaikan bahtera ciptaannya. Sementara
itu, ejekan yang datang dari kaum di sekelilingnya tidak berhenti, siang dan
malam. Isteri Nabi Nuh dalam hal itu selalu memberitahu kaum musyrikin tentang
kesedihan suaminya selama itu. Mendengar berita itu, makin bertambahlah
kegembiraan hati mereka.
Pada
suatu hari, isteri Nabi Nuh terbangun dari tidurnya karena sesuatu yang
menggelisahkan hatinya. Di rumahnya, Nabi Nuh mengumpulkan setiap jenis haiwan
dan burung, masing-masing sepasang. Melihat perbuatan Nabi Nuh itu, isterinya
bertanya. “Nuh, apa yang kamu lakukan? Dan ke mana kamu akan pergi dengan semua
hewan dan burung itu? Apakah kaum mukminin yang bersamamu akan makan
hewan-hewan dan burung-burung itu, dan engkau tinggalkan kami di sini tanpa
apa-apa?”
“Tuhanku
telah memerintahkan kepadaku untuk membawa hewan-hewan dan burung-burung di
dalam bahtera!” Jawab Nabi Nuh.
Dengan
agak pelik, isteri Nabi Nuh bertanya: “Bagaimana Tuhanmu memerintahkan seperti
ini?”
Nabi Nuh
menjawab: “Kelak akan kubawa setiap pasang binatang dan semua kaum mukminin di
dalam bahtera ini, dengan kebenaran yang diperintahkan oleh Tuhanku kepadaku.”
Isteri
Nabi Nuh tidak mau diam. Ia bahkan berusaha membantah sambil berkata: “Apa
yang akan kamu lakukan dalam bahtera itu? Apakah kalian akan meninggalkan rumah
dan hidup bersama hewan-hewan dan burung-burung ini?”
Nabi Nuh
menjawab: “Kelak air akan menenggelamkan segala sesuatu, dan tidak ada yang
akan selamat kecuali siapa yang naik ke atas bahtera ini, kemudian memulai
kehidupan baru yang muncul dengan fajar keimanan!”
Kali ini
isteri Nabi Nuh benar-benar merasa takut dan ngeri dengan ucapan suaminya itu.
Namun, karena keingkarannya telah keras membatu,ia tetap berusaha menekan rasa
takutnya itu. Segera ia pergi untuk memberitahu kaumnya tentang yang diperbuat
suaminya. Maka, bertambah keraslah ejekan mereka kepada Nabi Nuh dan apa yang
diperbuatnya.
Ketika
datang masa yang dijanjikan oleh Allah, terperanjatlah kaum Nabi Nuh melihat
datangnya banjir yang besar serta merta. Pintu-pintu langit terbuka dan
mencurahkan air hujan ke bumi, sedangkan Nabi Nuh bersama orang-orang yang
beriman belayar di atas bahtera tanpa isterinya dan Kan’an puteranya.
Mereka
berdua menolak ketika Nabi Nuh memerintahkannya agar ikut bersama ke atas
bahtera. Bahkan mereka berkata: “Aku akan mencari perlindungan ke gunung yang
dapat menyelamatkan daku dari banjir!” (Hud ayat 43)
Banjir
terlalu besar, hingga puncak gunung pun tenggelam. Maka tenggelamlah sang ibu
bersama puteranya dalam gelombang banjir yang dahsyat. Kisah mereka di dalam
Al-Quran sentiasa menjadi tanda dan peringatan bagi seluruh kaum mukminin bahwa
petunjuk itu kadang-kadang terasa lebih jauh meskipun bagi orang yang paling
dekat dengan pemberi petunjuk itu sendiri.
Mistery perahu nabi Nuh as
Di sebuah
gunung yg senantiasa diselimuti salju yg terletak di Timur Turkey, tersembunyi
sebuah misteri ‘berharga’ yang berusia lebih 5000 tahun peninggalan sejarah
yang maha berharga itu bukan saja menarik minat para pengkaji sejarah malah
pihak perisik US seperti CIA dan KGB pun coba membongkar. pihak CIA telah
menggunakan satelite dan pesawat ‘Stealth’ untuk mengambil gambar objek yang
terdampar di puncak gunung itu. Gambarfoto gambarfoto itu telah menjadi ‘rahsia
besar’ dan telah disimpan rapi dengan kawalan yang ketat bersama dengan ‘rahsia
rahsia penting yang lain di Pentagon. Sudah beratus ratus orang coba mendaki
Gunung Aghi-Dahl yang bermaksud ‘Gunung Kesengsaraan atau dengan nama petanya
iaitu Mount Ararat, namun hanya beberapa kerat saja yang berjaya. yang
sebahagian besar selebihnya hanyalah menjadi korban. Sehingga ke hari ini, cuma
ada beberapa orang pendaki saja yang berjaya sampai ke puncak Mt.Ararat dan
dapat menyaksikan dengan mata kepala sendiri kesan artifak peninggalan purba
yang ‘maha berharga’ itu. Ada sesetengah pendaki dapat mengambil gambar.
Apa yang
masih menjadi tanda tanya, kesemua mereka yang berjaya membawa balik gambar
tersebut telah ditimpa berbagai bencana. Ada diantara mereka telah
dibunuh dengan penuh misteri. Hanya semata mata karena gambar tersebut. Memang
ramai orang yang telah mengambil gambar kesan sejarah ‘Noah’ itu telah mati
misteri. Soalnya sekarang, mengapakah ‘kuasa2 besar’ mau merahsiakan gambar
peninggalan lama itu dan menyimpannya di tempat tempat rahsia tertera ?.
Mengapa mereka tak mau mengesahkan bahwa peninggalan ‘Noah’ benar benar ada di
puncak Mt .Ararat itu ? Pada masa yang sama mereka juga menafikan bahwa itu
sebenarnya adalah The Great Noah Ark ! Pyramid Sphinx di Giza sendiri pun telah
tertimbus dalam pasir selama lebih kurang 2000 tahun sebelum dijumpai,karena
selama itu orang menafikannya. Samalah The Great Noah Ark tu pun.Ia tertimbus
di bawah salju selama hampir 5000 tahun dan selama 5000 thn itu jugalah misteri
itu sedang menunggu masa untuk dibongkar.
Sebenarnya,
zaman Nabi Noah AS dulu tidaklah seprimitif yang kita semua bayangkan.
Hakikatnya pada zaman itu they all dah maju ke depan. Pengetahuan Sains mereka
dah maju pada masa itu. Di kaki Mount Ararat itu saja pun, Para Pengkaji dan
Scientist Russia telah menemui lebih kurang 500 kesan artifak bateri elektrik
purba yang digunakan utk menyadurkan logam. Mengikut kiraan ahli anstronomi
secara berkomputer. Noah AS mula membina bahteranya pada tahun 2465 B.C dan
hujan mula turun pada tahun 2345 B.C Rupa bentuk The Great Noah Ark itu
sebenarnya tidak sama dengan bentuk kapal laut yang ada didunia sekarang.
Mengikut para pendaki yg pernah melihat “Noah Ark” di puncak Mt.Ararat itu,
Noah Ark memang sebuah bahtera besar yang cukup hebat. “Noah Ark” itu diperbuat
daripada spesis kayu purba yg memang sudah tidak ujud lagi di dunia ini. Ia
diselaputi syelek, bebentuk ‘kotak kasut’, tidak cantik, tapi sangat berfungsi.
Ia telah dibina seluas 300 cubit X 50 cubit X 30 cubit.
Untuk
pengetahuan anda cubit itu adalah satu kiraan jarak panjang diantara siku
dengan jari yang digunakan oleh orang orang zaman dahulu. Bersamaan 18 inchi
bagi 1 cubit, bermakna panjang “Noah Ark” ini adalah lebih kurang 450 kaki,75
kaki lebar,45 kaki tinggi. Ada juga para Pengkaji berpendapat,”Noah Ark”
berukuran satu dan satu setengah padang bola. Bumbung bahtera itu pula adalah seluas
20 padang bola keranjang. Keluasan dalamannya cukup utk memuatkan 170 gerabak
ketapi. Ia memerlukan sebanyak 9000 hingga 13000 batang balak untuk membinanya.
Dan dianggarkan seberat 4,100 tan. Hari ini terdapat lebih kurang 1,072,000
hewan dari pelbagai spesis di dunia ini.Mengikut kajian Dr.Whitcomb,
dianggarkan kira2 3,700 binatang mamalia, 8600 jenis itik dan burung,6300 jenis
reptilia, 2500 jenis amfibia yg menaiki The Great Noah Ark itu. Berat
kargo/muatan bahtera itu mungkin lebih kurang 24,300 tan. Di sebalik fakta
saintifik, anda mungkin mendengar perumpamaan yang berbunyi ibarat Bahtera Nuh.
Sesiapa
yang ikut berlayar bersamanya dia akan selamat, dan sesiapa yang enggan dan
terlambat, dia akan tenggelam. (Ibnu Hajar, Zawaid Musnad al-Bazzar,
hlm.277;Al-Tabrani, al-Mu’jam al-Kabir, Juzuk I, hlm.168) Gambar : Angaran saiz
Bahtera Nabi Nuh AS dgn sebuah rumah. The Great Noah Ark ini berada di
Mt.Ararat, dimanakah agaknya ia dibina dan berapa jauhkah ianya telah belayar ?
Mengikut seorang pengkaji ‘Noah Ark’ ini, bahtera itu telah dibina disebuah
tempat bernama Shuruppak, iaitu sebuah bandar yg terletak di selatan Iraq. Jika
ia dibina di selatan Iraq dan akhirnya terdampar di Utara Turkey ini bermakna
ianya telah ditolak arus sejauh 520 batu. Mount Ararat Mt.Ararat ini bukan
sebarang gunung. Ia adalah sebuah gunung yang unik. Antara salah satu keunikan
yg terdapat pada gunung ini ialah, pada setiap hari akan muncul pelangi pada
sebelah utara puncak gunung itu. Mt.Ararat ini ialah salah satu gunung yg
mempunyai kemuncak yg luas di muka bumi ini. Ia adalah gunung yang tertinggi
sekali di Turkey.
Gunung
ini tegak sendirian dgn kemuncak dipanggil Ararat Besar dengan ketinggian
16,984 kaki.Bersententangan dengan sebuah lagi kemuncak gunung yang dipanggil
Ararat Kecil setinggi 12,806 kaki menegak naik dari Bayazit Orang yg menaiki
gunung ini akan dapat melihat 3 negara yaitu “Russia, Iran, Turkey”. Kedudukan
Mt.Ararat yg memangnya strategik itu telah membuatkan ia menjadi rebutan
banyak negara pada suatu masa dahulu. Kalau korang tengok CNN hari nih pun
masih ada lagi perebutan perbatas antara tentara Turkey vs Pemuka gerilya
Qurdish yg maukan kemerdekaan dari krajaan Turkey. Keluasan dasar [bawah]
Mt.Ararat itu kira2 25 batu garis pusat.Garispusat kemuncaknya pula 17 hingga
22 batu persegi ditutupi air batu setebal kira2 200 kaki. Ketulan2 air batu
sentiasa jatuh dan tersilap langkah akan terjatuh jatuh ke dalam jurang Ahora.
Gambar : Sebahagian Bahtera Nabi Nuh AS diliputi salju. Sebuah ‘anchor’ purba
yg besar telah ditemui di Khairouan, Tunissia. Menurut pengkaji, sauh itulah yg
digunakan oleh ‘Noah Ark’ semasa berlabuh di puncak Mt.Ararat. Sebuah ‘batu
nisan’ yg didakwa kepunyaan nabi Noah AS telah dijumpai di Mt.Lebanon di Syria.
Batu nisan itu berukuran 120 kaki panjang. Pada tahun 1917,Maharaja Russia Tsar
Nicholas II telah menghantar sejumlah 150 orang pakar pelbagai bidang yg
terdiri dari jurutera, saintis dan tentara untuk mencari dan menyelidik The
Great Noah Ark tersebut.
Pasukan
ekspedisi itu mengambil masa selama satu bulan utk sampai ke puncak Mt.Ararat
itu.Segala penat lelah mereka berhasil karena akhirnya berjaya menemui ‘Noah
Ark’ tersebut. Dalam keadaan tergaman,kagum mereka mengambil gambar sebanyak
yang mampu. Pasukan Saintis Russia itu coba mengukur size ‘Noah Ark’ dan
didapati ‘Noah Ark’ itu berukuran 500 kaki panjang,83 kaki lebar dan 50 kaki
tinggi [bahagian selebihnya tenggelam didalam salju] Hasil dari siasatan itu
telah dihantar pulang kepada Tsar, malangnya belum pun sempat laporan siasatan
itu sampai ke tangan baginda, Perang Bolshevik Komunist (1917) meletus. Laporan
itu akhirnya jatuh ke tangan General Leon Trotsky. Sehingga sekarang masih lagi
belum diketahui samada segala ‘laporan siasatan’ itu masih disimpan atau
dimusnahkan.
Kisah
nabi Nuh as dalam al qur’an
Surat 007. Al A'raaf ayat 59 – 64
59. Sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya
lalu ia berkata: "Wahai kaumku sembahlah Allah, sekali-kali tak ada Tuhan
bagimu selain-Nya." Sesungguhnya (kalau kamu tidak menyembah Allah), aku
takut kamu akan ditimpa azab hari yang besar (kiamat).
60. pemuka-pemuka dari kaumnya berkata: "Sesungguhnya
Kami memandang kamu berada dalam kesesatan yang nyata".
61. Nuh menjawab: "Hai kaumku, tak ada padaku
kesesatan sedikitpun tetapi aku adalah utusan dari Tuhan semesta alam".
62. "Aku sampaikan kepadamu amanat-amanat Tuhanku dan
aku memberi nasehat kepadamu. dan aku mengetahui dari Allah apa yang tidak kamu
ketahui"[550].
63. dan Apakah kamu (tidak percaya) dan heran bahwa datang
kepada kamu peringatan dari Tuhanmu dengan perantaraan seorang laki-laki dari
golonganmu agar Dia memberi peringatan kepadamu dan Mudah-mudahan kamu bertakwa
dan supaya kamu mendapat rahmat?
64. Maka mereka mendustakan Nuh, kemudian Kami selamatkan
Dia dan orang-orang yang bersamanya dalam bahtera, dan Kami tenggelamkan
orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Sesungguhnya mereka adalah kaum
yang buta (mata hatinya).
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
[550] Maksudnya: aku mengetahui hal-hal yang ghaib, yang
tidak dapat diketahui hanyalah dengan jalan wahyu dari Allah.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Surat 011. Huud ayat 25 – 49
25. dan Sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada
kaumnya, (dia berkata): "Sesungguhnya aku adalah pemberi peringatan yang
nyata bagi kamu,
26. agar kamu tidak menyembah selain Allah. Sesungguhnya
aku takut kamu akan ditimpa azab (pada) hari yang sangat menyedihkan".
27. Maka berkatalah pemimpin-pemimpin yang kafir dari
kaumnya: "Kami tidak melihat kamu, melainkan (sebagai) seorang manusia
(biasa) seperti Kami, dan Kami tidak melihat orang-orang yang mengikuti kamu,
melainkan orang-orang yang hina dina di antara Kami yang lekas percaya saja,
dan Kami tidak melihat kamu memiliki sesuatu kelebihan apapun atas Kami, bahkan
Kami yakin bahwa kamu adalah orang-orang yang dusta".
28. berkata Nuh: "Hai kaumku, bagaimana pikiranmu,
jika aku ada mempunyai bukti yang nyata dari Tuhanku, dan diberinya aku rahmat
dari sisi-Nya, tetapi rahmat itu disamarkan bagimu. apa akan Kami paksakankah
kamu menerimanya, Padahal kamu tiada menyukainya?"
29. dan (dia berkata): "Hai kaumku, aku tiada meminta
harta benda kepada kamu (sebagai upah) bagi seruanku. Upahku hanyalah dari
Allah dan aku sekali-kali tidak akan mengusir orang-orang yang telah beriman.
Sesungguhnya mereka akan bertemu dengan Tuhannya, akan tetapi aku memandangmu
suatu kaum yang tidak Mengetahui".
30. dan (dia berkata): "Hai kaumku, siapakah yang akan
menolongku dari (azab) Allah jika aku mengusir mereka. Maka tidakkah kamu
mengambil pelajaran?[717]
31. dan aku tidak mengatakan kepada kamu (bahwa): "Aku
mempunyai gudang-gudang rezki dan kekayaan dari Allah, dan aku tiada mengetahui
yang ghaib", dan tidak (pula) aku mengatakan: "Bahwa Sesungguhnya aku
adalah malaikat", dan tidak juga aku mengatakan kepada orang-orang yang
dipandang hina oleh penglihatanmu: "Sekali-kali Allah tidak akan
mendatangkan kebaikan kepada mereka". Allah lebih mengetahui apa yang ada
pada diri mereka; Sesungguhnya Aku, kalau begitu benar-benar Termasuk
orang-orang yang zalim.
32. mereka berkata "Hai Nuh, Sesungguhnya kamu telah
berbantah dengan Kami, dan kamu telah memperpanjang bantahanmu terhadap Kami,
Maka datangkanlah kepada Kami azab yang kamu ancamkan kepada Kami, jika kamu
Termasuk orang-orang yang benar".
33. Nuh menjawab: "Hanyalah Allah yang akan
mendatangkan azab itu kepadamu jika Dia menghendaki, dan kamu sekali-kali tidak
dapat melepaskan diri.
34. dan tidaklah bermanfaat kepadamu nasehatku jika aku
hendak memberi nasehat kepada kamu, Sekiranya Allah hendak menyesatkan kamu,
Dia adalah Tuhanmu, dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan".
35. Malahan kaum Nuh itu berkata: "Dia cuma
membuat-buat nasihatnya saja". Katakanlah: "Jika aku membuat-buat
nasihat itu, Maka hanya Akulah yang memikul dosaku, dan aku berlepas diri dari
dosa yang kamu perbuat".
36. dan diwahyukan kepada Nuh, bahwasanya sekali-kali tidak
akan beriman di antara kaummu, kecuali orang yang telah beriman (saja), karena
itu janganlah kamu bersedih hati tentang apa yang selalu mereka kerjakan.
37. dan buatlah bahtera itu dengan pengawasan dan petunjuk
wahyu Kami, dan janganlah kamu bicarakan dengan aku tentang orang-orang yang
zalim itu; Sesungguhnya mereka itu akan ditenggelamkan.
38. dan mulailah Nuh membuat bahtera. dan Setiap kali
pemimpin kaumnya berjalan meliwati Nuh, mereka mengejeknya. berkatalah Nuh:
"Jika kamu mengejek Kami, Maka Sesungguhnya Kami (pun) mengejekmu
sebagaimana kamu sekalian mengejek (kami).
39. kelak kamu akan mengetahui siapa yang akan ditimpa oleh
azab yang menghinakannya dan yang akan ditimpa azab yang kekal."
40. hingga apabila perintah Kami datang dan dapur[718]
telah memancarkan air, Kami berfirman: "Muatkanlah ke dalam bahtera itu
dari masing-masing binatang sepasang (jantan dan betina), dan keluargamu
kecuali orang yang telah terdahulu ketetapan terhadapnya dan (muatkan pula)
orang-orang yang beriman." dan tidak beriman bersama dengan Nuh itu
kecuali sedikit.
41. dan Nuh berkata: "Naiklah kamu sekalian ke
dalamnya dengan menyebut nama Allah di waktu berlayar dan berlabuhnya."
Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
42. dan bahtera itu berlayar membawa mereka dalam gelombang
laksana gunung. dan Nuh memanggil anaknya,[719] sedang anak itu berada di
tempat yang jauh terpencil: "Hai anakku, naiklah (ke kapal) bersama Kami
dan janganlah kamu berada bersama orang-orang yang kafir."
43. anaknya menjawab: "Aku akan mencari perlindungan
ke gunung yang dapat memeliharaku dari air bah!" Nuh berkata: "tidak
ada yang melindungi hari ini dari azab Allah selain Allah (saja) yang Maha
Penyayang". dan gelombang menjadi penghalang antara keduanya; Maka jadilah
anak itu Termasuk orang-orang yang ditenggelamkan.
44. dan difirmankan: "Hai bumi telanlah airmu, dan Hai
langit (hujan) berhentilah," dan airpun disurutkan, perintahpun
diselesaikan[720] dan bahtera itupun berlabuh di atas bukit Judi[721], dan
dikatakan: "Binasalah orang-orang yang zalim ."
45. dan Nuh berseru kepada Tuhannya sambil berkata:
"Ya Tuhanku, Sesungguhnya anakku Termasuk keluargaku, dan Sesungguhnya
janji Engkau Itulah yang benar. dan Engkau adalah hakim yang
seadil-adilnya."
46. Allah berfirman: "Hai Nuh, Sesungguhnya Dia
bukanlah Termasuk keluargamu (yang dijanjikan akan diselamatkan), Sesungguhnya
(perbuatan)nya[722] perbuatan yang tidak baik. sebab itu janganlah kamu memohon
kepada-Ku sesuatu yang kamu tidak mengetahui (hakekat)nya. Sesungguhnya aku
memperingatkan kepadamu supaya kamu jangan Termasuk orang-orang yang tidak
berpengetahuan."
47. Nuh berkata: Ya Tuhanku, Sesungguhnya aku berlindung
kepada Engkau dari memohon kepada Engkau sesuatu yang aku tiada mengetahui
(hakekat)nya. dan Sekiranya Engkau tidak memberi ampun kepadaKu, dan (tidak)
menaruh belas kasihan kepadaKu, niscaya aku akan Termasuk orang-orang yang
merugi."
48. difirmankan: "Hai Nuh, turunlah dengan selamat
sejahtera dan penuh keberkatan dari Kami atasmu dan atas umat-umat (yang
mukmin) dari orang-orang yang bersamamu. dan ada (pula) umat-umat yang Kami
beri kesenangan pada mereka (dalam kehidupan dunia), kemudian mereka akan
ditimpa azab yang pedih dari kami."
49. itu adalah di antara berita-berita penting tentang yang
ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (Muhammad); tidak pernah kamu mengetahuinya
dan tidak (pula) kaummu sebelum ini. Maka bersabarlah; Sesungguhnya kesudahan
yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
[717] Kata-kata ini diucapkan oleh Nabi Nuh a.s. sewaktu
Dia didesak oleh golongan kafir yang Kaya dari kaumnya untuk mengusir golongan
yang beriman, tidak berada, miskin dan papa.
[718] Yang dimaksud dengan dapur ialah permukaan bumi yang
memancarkan air hingga menyebabkan timbulnya taufan.
[719] Nama anak Nabi Nuh a.s. yang kafir itu Qanaan, sedang
putra-putranya yang beriman Ialah: Sam, Ham dan Jafits.
[720] Yakni: Allah telah melaksanakan janjinya dengan
membinasakan orang-orang yang kafir kepada Nabi Nuh a.s. dan menyelamatkan
orang-orang yang beriman.
[721] Bukit Judi terletak di Armenia sebelah selatan,
berbatasan dengan Mesopotamia.
[722] Menurut Pendapat sebagian ahli tafsir bahwa yang
dimaksud dengan perbuatannya, ialah permohonan Nabi Nuh a.s. agar anaknya
dilepaskan dari bahaya.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Surat 021. Al Anbiyaa' ayat 76 – 77
76. dan (ingatlah kisah) Nuh, sebelum itu ketika Dia
berdoa, dan Kami memperkenankan doanya, lalu Kami selamatkan Dia beserta
keluarganya dari bencana yang besar.
77. dan Kami telah menolongnya dari kaum yang telah
mendustakan ayat-ayat kami. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang jahat, Maka
Kami tenggelamkan mereka semuanya.
Surat 023. Al Mu'minuun ayat 23 – 42
23. dan Sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada
kaumnya, lalu ia berkata: "Hai kaumku, sembahlah oleh kamu Allah, (karena)
sekali-kali tidak ada Tuhan bagimu selain Dia. Maka mengapa kamu tidak bertakwa
(kepada-Nya)?"
24. Maka pemuka-pemuka orang yang kafir di antara kaumnya
menjawab: "Orang ini tidak lain hanyalah manusia seperti kamu, yang
bermaksud hendak menjadi seorang yang lebih Tinggi dari kamu. dan kalau Allah
menghendaki, tentu Dia mengutus beberapa orang malaikat. belum pernah Kami
mendengar (seruan yang seperti) ini pada masa nenek moyang Kami yang dahulu.
25. la tidak lain hanyalah seorang laki-laki yang
berpenyakit gila, Maka tunggulah (sabarlah) terhadapnya sampai suatu
waktu."
26. Nuh berdoa: "Ya Tuhanku, tolonglah aku[996],
karena mereka mendustakan aku."
27. lalu Kami wahyukan kepadanya: "Buatlah bahtera di
bawah penilikan dan petunjuk Kami, Maka apabila perintah Kami telah datang dan
tanur[997] telah memancarkan air, Maka masukkanlah ke dalam bahtera itu
sepasang dari tiap-tiap (jenis), dan (juga) keluargamu, kecuali orang yang
telah lebih dahulu ditetapkan (akan ditimpa azab) di antara mereka. dan
janganlah kamu bicarakan dengan aku tentang orang-orang yang zalim, karena
Sesungguhnya mereka itu akan ditenggelamkan.
28. apabila kamu dan orang-orang yang bersamamu telah
berada di atas bahtera itu, Maka ucapkanlah: "Segala puji bagi Allah yang
telah menyelamatkan Kami dari orang-orang yang zalim."
29. dan berdoalah: Ya Tuhanku, tempatkanlah aku pada tempat
yang diberkati, dan Engkau adalah Sebaik-baik yang memberi tempat."
30. Sesungguhnya pada (kejadian) itu benar-benar terdapat
beberapa tanda (kebesaran Allah), dan Sesungguhnya Kami menimpakan azab (kepada
kaum Nuh itu).
31. Kemudian, Kami jadikan sesudah mereka umat yang
lain[998].
32. lalu Kami utus kepada mereka, seorang Rasul dari
kalangan mereka sendiri (yang berkata): "Sembahlah Allah oleh kamu
sekalian, sekali-kali tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Maka mengapa kamu
tidak bertakwa (kepada-Nya).
33. dan berkatalah pemuka-pemuka yang kafir di antara
kaumnya dan yang mendustakan akan menemui hari akhirat (kelak) dan yang telah
Kami mewahkan mereka dalam kehidupan di dunia: "(Orang) ini tidak lain
hanyalah manusia seperti kamu, Dia Makan dari apa yang kamu makan, dan meminum
dari apa yang kamu minum.
34. dan Sesungguhnya jika kamu sekalian mentaati manusia
yang seperti kamu, niscaya bila demikian, kamu benar-benar (menjadi)
orang-orang yang merugi.
35. Apakah ia menjanjikan kepada kamu sekalian, bahwa bila
kamu telah mati dan telah menjadi tanah dan tulang belulang, kamu Sesungguhnya
akan dikeluarkan (dari kuburmu)[999]?
36. jauh, jauh sekali (dari kebenaran) apa yang diancamkan
kepada kamu itu,
37. kehidupan itu tidak lain hanyalah kehidupan kita di
dunia ini, kita mati dan kita hidup[1000] dan sekali-kali tidak akan dibangkitkan
lagi,
38. ia tidak lain hanyalah seorang yang mengada-adakan
kebohongan terhadap Allah, dan Kami sekali-kali tidak akan beriman
kepadaNya".
39. Rasul itu berdoa: "Ya Tuhanku, tolonglah aku
karena mereka mendustakanku."
40. Allah berfirman: "Dalam sedikit waktu lagi pasti
mereka akan menjadi orang-orang yang menyesal."
41. Maka dimusnahkanlah mereka oleh suara yang mengguntur
dengan hak dan Kami jadikan mereka (sebagai) sampah banjir[1001] Maka
kebinasaanlah bagi orang-orang yang zalim itu.
42. kemudian Kami ciptakan sesudah mereka umat-umat yang
lain[1002].
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
[996] Pertolongan yang dipermohonkan oleh Nuh kepada Allah
ialah membinasakan kaumnya sehabis-habisnya. Lihat selanjutnya surat Nuh ayat
26.
[997] Yang dimaksud dengan tanur ialah semacam alat pemasak
roti yang diletakkan di dalam tanah terbuat dari tanah liat, biasanya tidak ada
air di dalamnya. Terpancarnya air di dalam tanur itu menjadi suatu alamat bahwa
banjir besar akan melanda negeri itu.
[998] Maksudnya: kaum 'Aad sebagai yang Diriwayatkan dari
Ibnu Abbas, dan Itulah yang dipegangi oleh jumhur mufassirin, dan Rasul yang
diutus dalam kalangan mereka yang disebut dalam ayat 32 berikut ialah Nabi Hud
a.s.
[999] Maksudnya: dikeluarkan dalam Keadaan hidup sebagai
waktu di dunia.
[1000] Maksudnya: di samping sebagian dari manusia
meninggal dunia, Maka ada manusia yang lain dilahirkan.
[1001] Maksudnya: demikian buruknya akibat mereka, sampai
mereka tiada berdaya sedikitpun, tak obahnya sebagai sampah yang dihanyutkan
banjir, Padahal tadinya mereka bertubuh besar-besar dan kuat-kuat.
[1002] Maksudnya: kaum Nabi saleh, kaum Nabi Luth, dan kaum
Nabi Syu'aib.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Surat 025. Al Furqaan ayat 37
37. dan (telah Kami binasakan) kaum Nuh tatkala mereka
mendustakan rasul-rasul. Kami tenggelamkan mereka dan Kami jadikan (cerita)
mereka itu pelajaran bagi manusia. dan Kami telah menyediakan bagi orang-orang
zalim azab yang pedih;
Surat 026. Asy Syu'araa' ayat 105 – 122
105. kaum Nuh telah mendustakan Para rasul.
106. ketika saudara mereka (Nuh) berkata kepada mereka:
"Mengapa kamu tidak bertakwa?
107. Sesungguhnya aku adalah seorang Rasul kepercayaan
(yang diutus) kepadamu,
108. Maka bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku.
109. dan aku sekali-kali tidak minta upah kepadamu atas
ajakan-ajakan itu; Upahku tidak lain hanyalah dari Tuhan semesta alam.
110. Maka bertakwalah kepada Allah dan taatlah
kepadaku".
111. mereka berkata: "Apakah Kami akan beriman
kepadamu, Padahal yang mengikuti kamu ialah orang-orang yang hina?".
112. Nuh menjawab: "Bagaimana aku mengetahui apa yang
telah mereka kerjakan?
113. perhitungan (amal perbuatan) mereka tidak lain
hanyalah kepada Tuhanku, kalau kamu menyadari.
114. dan aku sekali-kali tidak akan mengusir orang-orang
yang beriman.
115. aku (ini) tidak lain melainkan pemberi peringatan yang
menjelaskan".
116. mereka berkata: "Sungguh jika kamu tidak (mau)
berhenti Hai Nuh, niscaya benar-benar kamu akan Termasuk orang-orang yang
dirajam".
117. Nuh berkata: "Ya Tuhanku, Sesungguhnya kaumku
telah mendustakan aku;
118. Maka itu adakanlah suatu keputusan antaraku dan antara
mereka, dan selamatkanlah aku dan orang-orang yang mukmin besertaku".
119. Maka Kami selamatkan Nuh dan orang-orang yang
besertanya di dalam kapal yang penuh muatan.
120. kemudian sesudah itu Kami tenggelamkan orang-orang
yang tinggal.
121. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar
terdapat tanda (kekuasaan Allah), tetapi kebanyakan mereka tidak beriman.
122. dan Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang Maha Perkasa lagi
Maha Penyayang.
Surat 029. Al 'Ankabuut ayat 14 – 15
14. dan Sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada
kaumnya, Maka ia tinggal di antara mereka seribu tahun kurang lima puluh tahun.
Maka mereka ditimpa banjir besar, dan mereka adalah orang-orang yang zalim.
15. Maka Kami selamatkan Nuh dan penumpang-penumpang
bahtera itu dan Kami jadikan Peristiwa itu pelajaran bagi semua umat manusia.
Surat 037. Ash Shaaffat ayat 75 – 82
75. Sesungguhnya Nuh telah menyeru Kami: Maka Sesungguhnya
Sebaik-baik yang memperkenankan (adalah Kami).
76. dan Kami telah menyelamatkannya dan pengikutnya dari
bencana yang besar.
77. dan Kami jadikan anak cucunya orang-orang yang
melanjutkan keturunan.
78. dan Kami abadikan untuk Nuh itu (pujian yang baik) di
kalangan orang-orang yang datang kemudian;
79. "Kesejahteraan dilimpahkan atas Nuh di seluruh
alam".
80. Sesungguhnya Demikianlah Kami memberi Balasan kepada
orang-orang yang berbuat baik.
81. Sesungguhnya Dia Termasuk di antara hamba-hamba Kami
yang beriman.
82. kemudian Kami tenggelamkan orang-orang yang lain.
Surat 051. Adz Dzariyaat ayat 46
46. dan (kami membinasakan) kaum Nuh sebelum itu.
Sesungguhnya mereka adalah kaum yang fasik.
Surat 054. Al Qamar ayat 9 – 17
9. sebelum mereka, telah mendustakan (pula) kamu Nuh, Maka
mereka mendustakan hamba Kami (Nuh) dan mengatakan: "Dia seorang gila dan
Dia sudah pernah diberi ancaman).
10. Maka Dia mengadu kepada Tuhannya: "Bahwasanya aku
ini adalah orang yang dikalahkan, oleh sebab itu menangkanlah (aku)."
11. Maka Kami bukakan pintu-pintu langit dengan (menurunkan)
air yang tercurah.
12. dan Kami jadikan bumi memancarkan mata air-mata air,
Maka bertemu- lah air-air itu untuk suatu urusan yang sungguh telah ditetapkan.
13. dan Kami angkut Nuh ke atas (bahtera) yang terbuat dari
papan dan paku,
14. yang berlayar dengan pemeliharaan Kami sebagai belasan
bagi orang-orang yang diingkari (Nuh).
15. dan Sesungguhnya telah Kami jadikan kapal itu sebagai
pelajaran, Maka Adakah orang yang mau mengambil pelajaran?
16. Maka Alangkah dahsyatnya azab-Ku dan ancaman-ancaman-Ku.
17. dan Sesungguhnya telah Kami mudahkan Al-Quran untuk
pelajaran, Maka Adakah orang yang mengambil pelajaran?
Surat 071. Nuh ayat 1 – 28
1. Sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya
(dengan memerintahkan): "Berilah kaummu peringatan sebelum datang
kepadanya azab yang pedih",
2. Nuh berkata: "Hai kaumku, Sesungguhnya aku adalah
pemberi peringatan yang menjelaskan kepada kamu,
3. (yaitu) sembahlah olehmu Allah, bertakwalah kepada-Nya
dan taatlah kepadaKu,
4. niscaya Allah akan mengampuni sebagian dosa-dosamu dan
menangguhkan kamu[1516] sampai kepada waktu yang ditentukan. Sesungguhnya
ketetapan Allah apabila telah datang tidak dapat ditangguhkan, kalau kamu
Mengetahui".
5. Nuh berkata: "Ya Tuhanku Sesungguhnya aku telah
menyeru kaumku malam dan siang,
6. Maka seruanku itu hanyalah menambah mereka lari (dari
kebenaran).
7. dan Sesungguhnya Setiap kali aku menyeru mereka (kepada
iman) agar Engkau mengampuni mereka, mereka memasukkan anak jari mereka ke
dalam telinganya dan menutupkan bajunya (kemukanya) dan mereka tetap
(mengingkari) dan menyombongkan diri dengan sangat.
8. kemudian Sesungguhnya aku telah menyeru mereka (kepada
iman) dengan cara terang-terangan[1517],
9. kemudian Sesungguhnya aku (menyeru) mereka (lagi) dengan
terang-terangan dan dengan diam-diam[1518],
10. Maka aku katakan kepada mereka: 'Mohonlah ampun kepada
Tuhanmu, -sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun-,
11. niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan
lebat,
12. dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan Mengadakan
untukmu kebun-kebun dan Mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.
13. mengapa kamu tidak percaya akan kebesaran Allah?
14. Padahal Dia Sesungguhnya telah menciptakan kamu dalam
beberapa tingkatan kejadian[1519].
15. tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah
menciptakan tujuh langit bertingkat-tingkat?
16. dan Allah menciptakan padanya bulan sebagai cahaya dan
menjadikan matahari sebagai pelita?
17. dan Allah menumbuhkan kamu dari tanah dengan
sebaik-baiknya,
18. kemudian Dia mengambalikan kamu ke dalam tanah dan
mengeluarkan kamu (daripadanya pada hari kiamat) dengan sebenar-benarnya.
19. dan Allah menjadikan bumi untukmu sebagai hamparan,
20. supaya kamu menjalani jalan-jalan yang Luas di bumi
itu".
21. Nuh berkata: "Ya Tuhanku, Sesungguhnya mereka
telah mendurhakaiku dan telah mengikuti orang-orang yang harta dan anak-anaknya
tidak menambah kepadanya melainkan kerugian belaka,
22. dan melakukan tipu-daya yang Amat besar".
23. dan mereka berkata: "Jangan sekali-kali kamu
meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu dan jangan pula sekali-kali kamu
meninggalkan (penyembahan) wadd, dan jangan pula suwwa', yaghuts, ya'uq dan
nasr[1520]".
24. dan sesudahnya mereka menyesatkan kebanyakan (manusia);
dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang yang zalim itu selain
kesesatan.
25. disebabkan kesalahan-kesalahan mereka, mereka
ditenggelamkan lalu dimasukkan ke neraka, Maka mereka tidak mendapat
penolong-penolong bagi mereka selain dari Allah[1521].
26. Nuh berkata: "Ya Tuhanku, janganlah Engkau biarkan
seorangpun di antara orang-orang kafir itu tinggal di atas bumi.
27. Sesungguhnya jika Engkau biarkan mereka tinggal,
niscaya mereka akan menyesatkan hamba-hamba-Mu, dan mereka tidak akan melahirkan
selain anak yang berbuat ma'siat lagi sangat kafir.
28. Ya Tuhanku! ampunilah Aku, ibu bapakku, orang yang
masuk ke rumahKu dengan beriman dan semua orang yang beriman laki-laki dan
perempuan. dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang yang zalim itu
selain kebinasaan".
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
[1516] Maksudnya: memanjangkan umurmu.
[1517] Dakwah ini dilakukan setelah da'wah dengan cara
diam-diam tidak berhasil.
[1518] Sesudah melakukan da'wah secara diam-diam kemudian
secara terang-terangan Namun tidak juga berhasil Maka Nabi Nuh a.s. melakukan
kedua cara itu dengan sekaligus.
[1519] Lihat surat Al Mu'minun ayat 12, 13 dan 14
[1520] Wadd, suwwa', yaghuts, ya'uq dan Nasr adalah
Nama-nama berhala yang terbesar pada qabilah-qabilah kaum Nuh.
[1521] Maksudnya: berhala-berhala mereka tidak dapat
memberi pertolongan kepada mereka. hanya Allah yang dapat menolong mereka.
tetapi karena mereka menyembah berhala, Maka Allah tidak memberi pertolongan.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------