kerasulan Muhammad Dalam Bible.
(bukti 4,5 , 6)
BUKTI EMPAT: Datang dari Paran dan Terpuji di Dunia.
Di
dalam buku Habakkuk bab 3 ayat 3 disebut:
Allah datang dari negeri
Teman dan Yang Maha Kudus dari pegunungan Paran. Sela. Keagungan-Nya
menutupi segenap langit, dan bumi pun penuh dengan pujian kepada-Nya.
Sudah dimaklumi bahwa Paran adalah tempat menetap Nabi
Ismail seperti yang disebut di dalam buku Genesis bab 21 ayat 20 dan ia
juga tempat kelahiran Nabi Muhammad. Allah berjanji menganugerahkan
satu kemulian dan kedudukan yang tinggi kepada Nabi Ismail dan
keturunan beliau.
Allah mendengar suara anak itu, lalu Malaikat Allah
berseru dari langit kepada Hagar, kata-Nya kepadanya: “Apakah yang
engkau susahkan, Hagar? Janganlah takut, sebab Allah telah mendengar
suara anak itu dari tempat ia terbaring. Bangunlah, angkatlah anak
itu, dan bimbinglah dia, sebab
Nabi Muhammad adalah keturunan Nabi Ismail sedangkan Nabi
Isa adalah keturunan Nabi Ishak. Keturunan Nabi Ismail melahirkan bangsa
Arab manakala keturunan Nabi Ishak pula melahirkan bangsa Yahudi. Ayat
ini jelas memaparkan kebesaran dan kemuliaan yang bakal diberikan
kepada bangsa Arab daripada silsilah keturunan Nabi Ismail. Ayat ini
diperkukuhkan dengan ayat lain dalam buku Isaiah (Yesaya) ayat 6 dan 7
yang bermaksud;
Sejumlah besar unta bakal menutupi daerahmu,
unta-unta muda dari Madain dan Efa. Mereka semua datang dari
Syeba, membawa emas dan kemenyan, serta memberitakan
perbuatan masyhur Tuhan.
Segala kambing domba Kedar bakal berhimpun
kepadamu, domba-domba jantan Nebayot tersedia untuk ibadahmu;
semua dipersembahkan di atas mezbahku, dan aku menyemarakkan
rumah keagunganku.
Perkataan penting yang dinyatakan di dalam ayat-ayat ini
adalah unta, Kedar dan rumah keagungan Tuhan. Unta adalah kendaraan
penting bagi masyarakat Arab khususnya di padang pasir. Kedar adalah anak
Nabi Ismail dan daripada keturunan Kedar inilah lahirnya Bani Quraisy
yang menetap dan berkuasa di bumi Mekah. Di bumi Mekah inilah
berdirinya Kaabah, rumah keagungan Allah yang dibina oleh Nabi Ibrahim
dan anaknya Nabi Ismail.
Ayat ini sekali lagi menunjukkan kemuliaan pada akhir
zaman diberikan kepada keturunan Nabi Ismail daripada bangsa Arab dan
ini sesuai dengan pengutusan Nabi Muhammad sebagai nabi akhir zaman.
Berdasarkan semua ini, apabila Bible menyebutkan kemuliaan
dan kesucian akan datang daripada pergunungan Paran, seperti mana
yang terdapat di dalam buku Habakkuk bab 3 ayat 3, ia
sebenarnya menceritakan kemuliaan seorang nabi yang bakal dianugerahkan
kepada bangsa Arab daripada keturunan Nabi Ismail seperti yang dijelaskan
di dalam buku Genesis ayat 20.
Bukti-bukti ini diperkukuhkan dengan perkataan “pujian”
yang terdapat di dalam buku Habakkuk yang bermaksud
“Keagungan-Nya menutupi segenap langit, dan bumi pun penuh dengan pujian
kepada-Nya”.
BUKTI
LIMA : Peristiwa di bumi Arab dan Penghijrahan ke Tema
Di dalam buku Isaiah (Yesaya) ayat 13 hingga 15 disebut
bahwa sampai satu masa bumi Arab akan dikunjungi oleh orang yang melarikan
diri dari peperangan dan meminta pertolongan. Mengikut terjemahan
Bible Indonesia; Al-Kitab (1993) terbitan Lembaga Al-Kitab Indonesia
disebutkan;
Ucapan Ilahi terhadap Arabia, Di belukar di Arabia
kamu akan bermalam, Hai kafilah-kafilah orang Dedan! Hai penduduk
tanah Tema, keluarlah, Bawalah air kepada orang yang haus, Pergilah,
sambutlah orang pelarian dengan roti. Sebab mereka melarikan diri terhadap
perang.
Sebenarnya, ayat ini menceritakan kejadian yang berlaku di
bumi Arab di mana golongan manusia ditindas sehingga menyebabkan mereka
terpaksa berhijrah bagi mendapatkan pertolongan di bumi Tema.
Mengikut J. Hastings di dalam Dictionary of the Bible pada
halaman 897, Tema adalah salah satu seorang anak Nabi Ismail. Justru,
kisah ini yang wujud di dalam Bible berkait rapat dengan keturunan Nabi
Ismail di bumi Arab. Beliau menyebut, Tema juga merupakan nama sebuah
tempat yang pada hari ini terletak di sebelah utara Madinah di bahagian
barat bumi Arab. Ayat ini juga sesuai dengan kisah penghijrahan Nabi
Muhammad dan sahabat-sahabatnya ke Madinah selepas ditindas dengan kejam
oleh golongan Quraisy di bumi Mekah selama 13 tahun. Manakala kehidupan
di Madinah, Nabi Muhammad dan sahabat-sahabatnya mendapat bantuan dan
pembelaan sehingga akhirnya tertegak sebuah negara Islam yang berdaulat di
sana.
Kajian yang dilakukan oleh J. Hastings ini menampakkan
kaitan antara ayat ini dengan penghijrahan Nabi Muhammad ke
Madinah. Sekiranya cerita ini disandarkan kepada kisah Nabi Isa, ia adalah
tidak benar karena Nabi Isa tidak pernah berhijrah keluar ke tanah
Arab terutamanya di utara Madinah. Justru, ayat ini amat bertepatan
dengan dengan sirah perjalanan hidup Nabi Muhammad yang berhijrah
meminta pertolongan penduduk Madinah.
Hai penduduk tanah Tema, keluarlah, Bawalah air kepada
orang yang haus, Pergilah, sambutlah orang pelarian dengan
roti. Sebab mereka melarikan diri terhadap perang. Sebab beginilah
firman TUHAN kepadaku:Dalam setahun lagi, menurut masa kerja prajurit
upahan, maka segala kemuliaan Kedar akan habis. Dan daripada
pemanah-pemanah yang gagah perkasa, Daripada bani Kedar, akan tinggal
sejumlah kecil saja, Sebab TUHAN, Allah Israel mengatakannya.
Ayat ini adalah sambungan daripada kisah penghijrahan ke Tema di
bumi Arab yang disebutkan sebelum ini. Berhubung dengan Kedar,
tokoh-tokoh Kristian dan Islam mengesahkan bahwa Kedar atau Qaidhar adalah
anak Nabi Ismail.
A.S. Fulton di dalam The International Standard Bible
Encyclopedia berkata, “Berbanding kabilah-kabilah daripada keturunan
Ismail, Kedar dapat dianggap sebagai kabilah yang terpenting dan pada
zaman-zaman yang kemudian, nama itu dikaitkan dengan seluruh kabilah Arab
di padang pasir. Daripada Kedar inilah pengkaji-pengkaji Islam mengaitkan
keturunan Nabi Muhammad kepada Nabi Ismail”.
Salah satu kabilah yang lahir daripada keturunan Kedar
adalah Quraisy yang begitu berpengaruh di kota Mekah. Kabilah Quraisy
banyak menentang Nabi Muhammad sehingga akhirnya berlaku hijrah dan
perang Badar. Perkataan-perkataan Bible yang bermaksud “Dalam setahun
lagi, menurut masa kerja prajurit upahan” begitu signifikan dengan
sejarah Perang Badar karena ia berlaku pada tahun kedua hijrah setelah
setahun hijrah Nabi Muhammad.
Peperangan ini dimenangkan oleh Nabi Muhammad dan
pemuka-pemuka kafir Quraisy yang terbunuh berjumlah 70 orang. Kisah ini sesuai
dengan kisah penghijrahan Nabi Muhammad dan peristiwa perang Badar. Kisah
ini tidak berkait langsung dengan Nabi Isa karena Nabi Isa bukan dari
keturunan anak Nabi Ismail yang bernama Kedar dan beliau juga tidak pernah
keluar berperang dengan keturunan Kedar.
Kerasulan Muhammad
Dalam Bible. (bukti 7,8 , 9) (Akhir)
BUKTI
TUJUH :Nabi Yang Ummi
Di
dalam Holy Bible pada buku Isaiah (Yesaya) bab 29 ayat 12 disebut;
And
when the book is given to him who is not learned, saying, Read this, I
pray
you, he says, I cannot read.
Manakala
terjemahan Al-Kitab pula disebut;
Dan
apabila kitab itu diberikan kepada seorang yang tidak dapat
membaca
dengan mengatakan: “Baiklah baca ini,” maka ia akan
menjawab:
“Aku tidak dapat membaca.”
Yesaya
29:12
Nabi
Muhammad adalah seorang ummi. Ummi bermaksud tidak tahu membaca dan
menulis. Semasa berumur 40 tahun, beliau telah bermunajat di Gua Hiro. Di
situlah beliau disuruh oleh malaikat Jibril supaya membaca.
Beliau
menjawab, “Aku tidak tahu membaca”. Selepas itu turun wahyu pertama
dari surah al-‘Alaq yang bermaksud “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang
menciptakan”.
Di
dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Aishah : “Tiba saat turunnya
Jibril di Gua Hira’, Jibril menemui baginda dan memerintahkan baginda
membaca dengan berkata: Bacalah!. Jawab baginda: Aku tidak tahu membaca”.
Hadis ini amat bertepatan dengan ayat dari buku Isaiah tersebut.
Justru,
ayat-ayat yang dipaparkan sesuai dengan apa yang terjadi keatas diri Nabi
Muhammad semasa di Gua Hiro ketika kali pertama menerima wahyu. Maka, Nabi
Isa bukanlah orang yang disebut di dalam ayat tersebut karena beliau bukan
nabi yang digelar sebagai ummi.
BUKTI
DELAPAN :Berbicara dengan Nama Allah
Mengikut
Bible Indonesia, Al-Kitab disebut dalam buku Deuteronomy (Ulangan) bab 18
ayat 18 hingga 19 yaitu;
Seorang
nabi akan Kubangkitkan bagi mereka daripada saudara mereka, seperti engkau
ini; Aku akan menaruh firman-Ku dalam mulutnya, dan ia akan mengatakan kepada
mereka segala yang Ku-perintahkan kepadanya. Orang yang tidak
mendengarkan segala firman-Ku yang akan diucapkan nabi itu demi nama-Ku,
dari padanya akan Ku-tuntut pertanggungjawaban.
Ulangan
18:18-19
Ayat-ayat
ini menceritakan kisah seorang nabi yang bakal dibangkitkan daripada
saudara kepada bangsa Yahudi yaitu bangsa Arab. Bangsa Arab adalah saudara
kepada bangsa Yahudi. Kita telah memperbincangkan sebelum ini asal usul
keturunan bangsa Arab yaitu daripada Kader anak Nabi Ismail.
Buku
Ulangan dipercayai oleh orang Yahudi dan Kristian sebagai “Kalam Tuhan”
yang diwahyukan kepada Nabi Musa. Maka, ayat “seperti engkau ini” membawa
maksud seseorang nabi yang diutus adalah mempunyai perwatakan dan
ciri-ciri yang sama seperti Nabi Musa. Ayat ini tidak sedikit pun
menceritakan janji tuhan mengenai kedatangan Nabi Isa karena Nabi Isa
bukan berbangsa Arab, yaitu saudara kepada bangsa Yahudi.
Begitu
juga dari segi perwatakan dan kehidupan Nabi Isa tidak sama dengan Nabi
Musa. Tetapi Nabi Muhammad adalah tepat mempunyai persamaan dengan Nabi
Musa.
Ayat
ini juga menyebut sifat nabi itu yaitu Tuhan memasukkan kata- kata
daripada-Nya ke dalam mulut nabi itu supaya disampaikan kepada manusia
dengan tepat seperti yang diwahyukan. Nabi itu menyampaikan kata-kata
Tuhan dengan menggunakan nama Tuhan.
Bible
yang ada pada hari ini bukanlah kata-kata Allah yang tepat seperti yang
diberitakan oleh Allah kepada Nabi Isa. Ia hanya kata-kata yang diolah
oleh manusia mengikut cita rasa (hawa nafsu) mereka masing-masing. Justru,
banyak semakan semula(diganti dari asalnya) dan tokok tambah(tukar tambah)
dilakukan keatas Bible.
Berbeda
daripada Bible, Al-Quran adalah kata-kata Allah sepenuhnya yang
disampaikan melalui mulut Nabi Muhammad tanpa adanya tukar tambah, semakan
semula atau pun pembetulan bahasa oleh manusia.
Disamping
itu, setiap surah di dalam Al-Quran bermula
dengan “Bismillahirrahmanirrahim” yang bermaksud “Dengan nama Allah
Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”. Perkara ini sesuai dengan apa
yang disebut oleh buku Deuteronomy ayat 18 tersebut yang bermaksud “Aku akan
menaruh firman-Ku dalam mulutnya, dan ia akan mengatakan kepada mereka
segala yang Ku-perintahkan kepadanya”.
Bab-bab
di dalam Bible tidak diawali dengan nama Tuhan secara khusus. Maka,
ayat-ayat Bible tersebut secara jelas menceritakan kisah Nabi Muhammad
yang dikurniakan “Kalam Tuhan”. Kalam Tuhan ini pula dipanggil Al-Quran,
yang dimulakan dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
BUKTI
SEMBILAN: Paracletos selepas Nabi Isa
Di
dalam buku John (Yohanes) bab 16 ayat 7 disebutkan mengenai perkataan Nabi
Isa mengikut terjemahan Al-Kitab ;
Namun
benar yang Kukatakan ini kepadamu: Adalah lebih berguna bagi kamu, jika
Aku pergi. Sebab jikalau Aku tidak pergi, Penghibur itu tidak akan datang
kepadamu, tetapi jikalau Aku pergi, Aku akan mengutus Dia kepadamu.
Yohanes
16:7
Manakala
di dalam buku John (Yohanes) bab 14 ayat 16 dan 17 disebutkan;
Aku
akan minta kepada Bapa, dan Ia akan memberikan kepadamu seorang Penolong
yang lain, supaya Ia menyertai kamu selama-lamanya, yaitu Roh
Kebenaran. Dunia tidak dapat menerima Dia, sebab dunia tidak melihat Dia
dan tidak mengenal Dia. Tetapi kamu mengenal Dia, sebab Ia menyertai kamu
dan akan diam di dalam kamu.
Yohanes
14:16-17
Di
dalam Injil Yohanes sahaja kita akan menemui perkataan
Paracletos. Kadang-kadang perkataan Paracletos ditulis juga Paraclete.
Namun kedua-dua perkataan ini mempunyai tujuan dan maksud yang sama.
Apa yang jelas perkataan ini disebut oleh Nabi Isa yang menyatakan
bahwa akan datang seorang nabi selepas beliau dan dia hidup
bersama-sama dengan umat manusia selama-lamanya.
Di
dalam Bible terjemahan bahasa Inggris menggantikan perkataan Paracletos
ini dalam ayat diatas dengan Comforter dan Consoler. Terdapat juga
tokoh-tokoh Kristian menafsirkan Paracletos ini sebagai Holy Spirit atau
Roh Suci.
Di
dalam Al-Kitab (2002) menterjemahkan perkataan Paracletos kepada dua
perkataan yang berlainan yaitu Penghibur dan Penolong tetapi ayat ini
menjelaskan tujuan yang sama yaitu akan datang seseorang selepas Nabi Isa
yang akan menyampaikan risalah kebenaran.
Perlu
diketahui bahwa penafsiran Paracletos sebagai Roh Suci jelas bertentangan
dengan doktrin agama Kristian yang menetapkan Roh Suci sudah sedia ada
kerana dia adalah Tuhan dalam konsep Tritunggal atau Trinity. Justru,
mustahil Roh Suci yang sedia ada akan datang hanya selepas pemergian Nabi
Isa. Di dalam buku agama Kristian bertajuk Anchor Bible di halaman 1135
disebutkan;
“Perkataan
Paracletos hanya dapat ditemui di dalam tulisan-tulisan St. John sahaja.
Secara tradisinya pula, Paracletos dikaitkan dengan Roh Suci tetapi
tokoh-tokoh seperti Spitta, Delafosse, Windisch, Sasse, Bultman dan Betz
mempertikaikan pandangan ini. Mereka mengatakan Paracletos pada asalnya
adalah seorang manusia penyelamat yang kemudian di salah tafsirkan sebagai
Roh Suci”
Perkataan
Paracletos sebenarnya berasal daripada bahasa Yunani Kuno yaitu bahasa
bagi Gospel of John dan kalimat yang lebih tepat dalam Yunani Kuno adalah
Periclytos. Kamus Alexandre’s Dictionnaire Grec- Francais menjelaskan,
perkataan Periclytos berasal
daripada suku kata peri dan cleotis. Apabila dicantumkan ia membawa maksud
“yang terpuji”.
Semua
ini sesuai dengan nama Ahmad dan Muhammad. Justru, dalam setengah versi
Perjanjian Baru yang ditulis dalam bahasa Arab, perkataan Paracletos
digantikan dengan perkataan Ahmad.
Terdapat
juga tokoh-tokoh Krsitian mengatakan paracletos akhir zaman adalah Nabi
Isa dan bukannya Nabi Muhammad. Pendapat ini tidak boleh diterima pakai
karena:
1.
Di dalam buku John (Yohanes) bab 4 ayat 16 dengan jelas menyebut
“Aku
akan minta kepada Bapa, dan Ia akan memberikan kepadamu seorang Penolong
yang lain, supaya Ia menyertai kamu selama-lamanya”. Ayat ini menjelaskan,
paracletos yang akan datang selepas Nabi Isa adalah “penolong yang lain”
dan bukan beliau sendiri.
2.
Paracletos menjadi saksi mengenai Nabi Isa dan hal ini disebut dalam buku
John (Yohanes) bab 16 ayat 13 hingga 15 yang bermaksud; “Masih banyak
hal yang harus Kukatakan kepadamu, tetapi sekarang kamu belum dapat
menanggungnya.Tetapi apabila Ia datang, yaitu Roh Kebenaran, Ia akan
memimpin kamu ke dalam seluruh kebenaran; sebab Ia tidak akan berkata-kata
dari diri-Nya sendiri, tetapi segala sesuatu yang didengar-Nya itulah yang
akan dikatakan-Nya dan Ia akan memberitakan kepadamu hal-hal
yang akan datang. Ia akan memuliakan Aku, sebab Ia akan
memberitakan kepadamu apa yang diterimanya dari pada-Ku. Segala sesuatu
yang Bapa punya, adalah Aku punya; sebab itu Aku berkata: Ia
akan memberitakan kepadamu apa yang diterimanya dari pada-Ku.”
Begitu
juga disebut dalam John ayat 26 bermaksud “Sekiranya Penghibur yang
akan aku utus daripada Bapa datang…Ia akan bersaksi mengenai aku”. Justru,
dia adalah identitas berlainan yang menjadi saksi mengenai Nabi Isa.
3.
Paracletos ini mengingatkan manusia mengenai perkara yang pernah disebut
oleh Nabi Isa berpandukan buku John (Yohanes) ayat 26 bermaksud; “Dia
bakal mengingatkan kamu semua yang aku katakan kepadamu”. Sekali lagi ayat
ini menjelaskan mengenai orang yang lain daripada Nabi Isa mengingatkan
manusia kepada ajaran sebenar beliau.
4.
Paracletos ini membawa ajaran baru daripada Tuhan. Perkara ini disebutkan
dalam buku Isaiah (Yesaya) ayat 9 hingga 12 terjemahan Al-Kitab Malaysia
(1996) bermaksud:
“….Sekarang
aku akan memberitahu kamu hal-hal baru sebelum semua itu berlaku.
Nyanyikanlah lagu baru bagi TUHAN; pujilah Dia, hai seluruh bumi! Pujilah
Dia, hai laut dan semua isinya, bernyanyilah, hai penduduk negeri-negeri
jauh! Hendaklah padang gurun dan kota-kotanya memuji Allah; hendaklah
orang Kedar memuji Dia…”
Al-Quran
adalah “nyanyian baru” daripada Allah. Ia wajib dibaca dengan cara bacaan
dan sebutan yang betul dalam bahasa ia diturunkan yaitu bahasa Arab.
Isi-isinya mengandungi syariat dan peraturan yang baru dan sesuai hingga
akhir zaman. Bahasanya adalah baru dan berseni tinggi tanpa
tandingan bahkan manusia dan jin tidak dapat mencipta seindah bahasa
Al-Quran.
“Daripada
tulisan-tulisan saya ini, saya ingin menunjukkan, ajaran Islam yang
berkaitan aspek-aspek ketuhanan dan rasul akhir zaman adalah benar. Saya
mengasihi Nabi Isa, Nabi Musa dan Nabi Ibrahim sebagaimana saya mengasihi
Nabi Muhammad dan semua rasul-rasul yang lain”
Reverend
David Benjamin Keldani,
Bekas
paderi Roman Katholik:
Muhammad
in the Bible
Nabi
Isa as di utus untuk kaumnya sendiri
Firman Allah swt (QS Ali
Imran ; ayat 49)
49. dan (sebagai) Rasul
kepada Bani Israil (yang
berkata kepada mereka): "Sesungguhnya aku telah datang kepadamu dengan
membawa sesuatu tanda (mukjizat) dari Tuhanmu, Yaitu aku membuat untuk kamu
dari tanah berbentuk burung; kemudian aku meniupnya, Maka ia menjadi seekor
burung dengan seizin Allah; dan aku menyembuhkan orang yang buta sejak dari
lahirnya dan orang yang berpenyakit sopak; dan aku menghidupkan orang mati
dengan seizin Allah; dan aku kabarkan kepadamu apa yang kamu Makan dan apa yang
kamu simpan di rumahmu. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah suatu tanda
(kebenaran kerasulanku) bagimu, jika kamu sungguh-sungguh beriman.
Hal
ini dibuktikan pula oleh ayat ayat dalam Injil / Gospel ;
Maka
kata Daud kepada Abigail ; segala
puji bagi tuhan. Allah orang israil, disuruhkannya engkau mendapatkan aku pada
hari ini (1 Samuel 25 ; 32).
Dan lagi titah baginda demikian; segala puji bagi tuhan. Allah orang israil,
yang mengaruniakan pada hari ini seorang yang duduk diatas tahta kerajaanku,
sehingga mataku sendiri telah melihatnya (1
raja raja ; 1 ; 48)
Segala
puji bagi tuhan, Allah orang israil, daripada kekal datang kepada kekal .maka
hendaklah segenap banyak orang mengatakan amiin, segala puji bagi tuhan (1 kitab taraweh 16 ; 36). Maka kata baginda ; segala
puji bagi tuhan, Allah orang israil , yang telah berfirman kepada mulutnya
kepada ayahku Daud. Dan yang sudah menyampaikan dia dengan tangannya, firmannya (1 kitab taraweh 6 ; 4)
Jangan
sangkakan aku datang hendak merombak hukum Torat atau kitab nabi nabi. Bukannya
aku datang hendak merombak , melainkan hendak menggenapinya, karena
sesungguhnya aku berkata kepada mu , sehingga langit dan bumi lenyap, satu
noktah atau satu titikpun sekali kali tiada akan lenyap daripada hukum Torat
itu sampai semuanya telah jadi (5
Matius 17 ; 18 ) dan lain
lain