Nabi
Zulkifli, anak Nabi Ayub a.s. Nama sebenarnya Basyar bin Ayub AS bin Amose bin
Tarekh bin Rum bin Ish bin Ish bin Ishaq AS bin Ibrahim AS, tetapi diberi
gelaran Zulkifli kerana beliau seorang saja yang tampil untuk menyatakan
kesanggupan melaksanakan amanah raja di negerinya itu.
Sebagai
raja dan nabi
Zulkifli
bermaksud sanggup menjalankan amanah raja. Menurut cerita, raja di negeri itu
sudah lanjut usia dan ingin mengundurkan diri daripada menjadi pemerintah,
tetapi beliau tidak mempunyai anak.
Justru,
raja itu berkata di khalayak ramai:”Wahai rakyatku! Siapakah antara kamu yang
sanggup berpuasa pada waktu siang dan beribadah pada waktu malam. Selain itu,
senantiasa bersabar ketika menghadapi urusan, maka akan aku serahkan kerajaan
ini kepadanya.”
Tiada
seorang pun menyahut tawaran raja itu. Sekali lagi raja berkata:”Siapakah
antara kamu yang sanggup berpuasa pada waktu siang dan beribadah pada malamnya
serta sanggup bersabar?”
Sejurus
itu, Basyar dengan suara yang lantang menyatakan kesanggupannya. Dengan
keberanian dan kesanggupan Basyar melaksanakan amanah itu beliau diberi gelaran
Zulkifli.
Baginda
juga adalah nabi yang cukup sabar seperti firman Allah, bermaksud: “Ismail,
Idris dan Zulkifli adalah orang yang sabar dan Kami beri rahmat kepada semua
karena mereka orang yang suka bersabar.”
Kemudian
Zulkifli menggantikan raja yang sudah tua itu. Pada waktu siang beliau
berpuasa, tetapi tidak pernah melupakan urusan pemerintahan, malah melayani
rakyatnya dengan baik. Pada waktu malam, beliau memanfaatkannya dengan
beribadah kepada Allah.
Satu
hari, syaitan yang menyerupai manusia datang kepadanya ketika beliau tidur.
Kedatangan tetamu (syaitan) itu kononnya untuk menyelesaikan urusan dengan raja
(Zulkifli), tetapi tujuan sebenar mau menggoda.
Kedatangannya
disambut wakil Zulkifli karena waktu itu beliau mahu tidur. Tetapi tetamu itu
tidak mau disambut wakilnya, lalu didesak supaya terus dapat berjumpa dengan
beliau. Disebabkan tetamu itu tidak mau beredar, malah meminta urusannya
diselesaikan segera, Zulkifli keluar menemuinya. Selesai urusan itu, tetamu berkenaan
terus beredar. Zulkifli baru menyedari tetamu itu adalah syaitan yang mau
menggodanya. Walaupun mengetahui tetamu itu syaitan, beliau tidak marah, malah
tetap bersabar.
Satu hari
berlaku pula peperangan di negeri itu membabitkan orang yang derhaka kepada
Allah. Raja Zulkifli memerintahkan rakyatnya supaya menghadapi tentangan orang
derhaka itu, tetapi dibantah.
Rakyatnya
berkata: “Wahai raja, kami takut berperang kerana kami masih mau hidup. Jika
kamu minta kepada Allah untuk menjamin hidup kami, baru kami mau berperang.”
Mendengar
perkataan rakyatnya itu, Zulkifli berdoa: “Ya Allah, aku menyampaikan risalah
Tuhan kepada mereka, menyuruh mereka berperang, tetapi mereka mempunyai
permintaan. Sesungguhnya Allah mengetahui permintaan mereka.”
Tidak lama
selepas itu, Allah menurunkan wahyu: “Wahai Zulkifli, Aku (Allah) telah
mengetahui permintaan mereka dan Aku mendengar doamu. Semuanya Aku akan
kabulkan.”
Nabi
Zulkifli digolongkan dalam al-Quran sebagai orang yang sabar dan soleh. Firman
Allah bermaksud: “Dan ingatlah akan Ismail, Nabi Ilyasa’ a.s. dan Zulkifli.
Semuanya orang yang paling baik.”
Kekeliruan
dengan “Kifli”
Zulkifli
yang dinyatakan melalui al-Quran itu bukannya Kifli seperti dinyatakan dalam
sebuah hadis (hasan) yang diriwayatkan Imam Ahmad dan Tirmizi, iaitu: “Kifli
yang berasal dari kalangan Bani Israel tidak menjaga diri daripada dosa.”
Ada
seorang wanita muda datang kepadanya, lalu Kifli memberi wang 60 dinar
kepadanya dengan maksud wanita itu setuju disetubuhi. Setelah Kifli siap melakukan
persetubuhan itu selayak seorang suami ke atas isteri, tiba-tiba wanita itu
gementar dan menangis.
Kifli
bertanya kepada wanita itu: “Kenapa kamu menangis? Apakah kamu tidak mau?”
Wanita itu menjawab: “Tidak, tetapi perbuatan seperti itu aku belum pernah
lakukan dan aku mahu lakukannya karena ada keperluan yang mendesak.”
Kifli
berkata: “Jadi, baru kali ini kamu melakukan perbuatan seperti itu. Sebelum ini
kamu belum pernah melakukannya.” Kemudian Kifli melepaskan wanita itu dan
berkata: “Pergilah kamu dan bawalah dinar yang telah aku berikan kepadamu.”
Kemudian
Rasulullah bersabda: “Demi Allah, Kifli tidak melakukan maksiat terhadap Allah
selamanya. Selepas itu Kifli meninggal dunia pada waktu malam dan dipintunya
tertulis, Allah memberikan keampunan kepada Kifli.”
Mengikut
teori pada sanad hadis itu, Kifli yang diceritakan dalam hadis berkenaan bukan
Zulkifli karena ia menyebut perkataan Kifli saja, dengan tidak mengaitkan
perkataan lain yang merujuk pada Zulkifli.
Nabi
Zulkifli mempunyai rakyat yang ramai dan berusia lanjut hingga negerinya padat
dan menghadapi masalah bekalan makanan. Selepas itu, rakyatnya yang panjang
usia meminta Nabi Zulkifli supaya ditentukan ajal.
Baginda
wafat pada usia 75 tahun sebagai seorang nabi dan raja terkenal dengan sikap
sabar dan tidak marah. Beliau juga mematuhi janji dan segala amanah yang
diserahkan raja terdahulu hingga dapat memimpin kaumnya dengan baik.
Firman
allah swt :
48. dan ingatlah akan Ismail, Ilyasa' dan Zulkifli.
semuanya Termasuk orang-orang yang paling baik.(QS: 38 shaad : 48 )
Al Qur'an
tidak mengisahkan riwayat nabi Dzulkifli dan kepada siapa ia diutus. Ahli
Tarikh hanya menyebutkan bahwa beliau putra Ayyub. Allah SWT menamakan
Dzulkifli karena ia selalu melaksanakan beberapa perbuatan baik yang dibebankan
kepadanya. Didalam surat Al Anbiyaa' ayat 85-86 dijelaskan "Ismail,
Idris dan Dzulkifli, termasuk orang-orang yang sabar. Kami masukkan mereka
dalam rahmat kami. Sesungguhnya mereka adalah termasuk orang-orang yang saleh".