Shalat Gerhana.

 Kembali


Yaitu  : Shalat sunat yang dilakukan apabila terjadi gerhana, baik gerhana matahari atau gerhana bulan, shalat ini disunatkan bagi laki laki dan perempuan dan dikerjakan secara berjama’ah atau sendirian, apabila dikerjakan secara berjama’ah, setelah mengucapkan salam, imam terus berkutbah. Sedangkan apabila dikerjakan sendirian,  selesai shalat tidak perlu berkutbah, Shalat gerhana ini terdiri dari dua raka’at dan tiap tiap raka’at terdapat dua ruku’, waktunya selama masih terjadi gerhana sampai gerhana itu berakhir.

Cara mengerjakan Shalat gerhana sebagai berikut :
1. takbiratul ihram dengan mengangkat kedua tangan sambil berniat dalam hati
    Niatnya    Usholli sunnatal kusufi ro’ataini makmuu man / imaa man lillahi ta’aala.
    Niat shalat gerhana bulan kata (kusufi) diganti dengan  (Khusufi).
2. Setelah itu lalu membaca do’a iftitah, kemudian membaca Alfathehah dan di sambung dengan baca salah satu surat dari al qur’an.
3. Setelah itu Ruku’ , lalu berdiri kembali dan membaca Al Fathehah dan baca surat dari alqur’an.
4. Setelah itu ruku’, I’tidal, sujud dan seterusnya seperti dalam shalat biasa.
5. begitu juga raka’at kedua, setelah selesai shalat, lalu dilakukan kutbah.

Catatan :

Dalam shalat gerhana matahari setelah baca Al Fathehah lalu surat alqur’an tapi tidak perlu dikeraskan, sedangkan  shalat gerhana bulan boleh dikeraskan dan disunatkan baca surat panjang panjang.


CARA SHOLAT SUNAT GERHANA BULAN (KHUSUF) ATAU GERHANA MATAHARI  CARANYA SAMA CUMA BEDA DARI NIAT SAJA , YANG LENGKAP

Berikut adalah beberapa perkara tentang Solat Sunat Gerhana Bulan yang boleh dijadikan panduan dan rujukan.

1. HUKUM SHOLAT GERHANA

Hukum menunaikan Sholat Sunat Gerhana Bulan (Khusuf) ini adalah sunat muakkad.

Ianya boleh ditunaikan secara berjemaah di Masjid/Surau atau boleh juga dilakukan secara sendirian.

2. DALIL TENTANG SHOLAT SUNAT GERHANA

Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda:
إِنَّ الشَّمْسَ وَالقَمَر َ آيَتَانِ مِنْ ايَاتِ اللهِ لاَيَخْسِفَان ِ لِمَوت ِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ
ذلِكَ فَادْعُوا اللهَ وَكَبِّرُوا وَتَصَدَّقُوا وَصَلُّوا

Maksud: “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah”

3. WAKTU SOLAT SUNAT GERHANA BULAN

Sholat Sunat Gerhana Bulan boleh dilakukan antara waktu bermulanya gerhana sehinggalah selesai fenomena tersebut.

Biasanya ahli falak akan menganggarkan waktu tersebut dengan tepat. Jadi, bolehlah kita bersedia untuk mendirikan sholat sunat ini di rumah atau secara berjemaah.

4. LAFAZ NIAT

أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى 

“Sahaja aku Sholat Sunat Gerhana Bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”

5. CARA SHOLAT SUNAT GERHANA BULAN

Sholat Sunat Gerhana Bulan didirikan sebanyak 2 rakaat seperti solat sunat yang lain. Apa yang membezakannya adalah ia mempunyai 4 al-Fatihah , 4 Ruku’ dan 4 sujud dalam 2 rakaat tersebut.

Berikut adalah cara Sholat Sunat Gerhana Bulan yang lengkap mengikut rakaat.

Rakaat Pertama

  1. Takbiratul Ihram
  2. Membaca doa Iftitah
  3. Membaca surah al-Fatihah
  4. Membaca surah al-Baqarah (atau mana-mana surah)
  5. Ruku’ dan membaca tasbih (kira-kira 100 ayat)
  6. lktidal serta membaca surah al-Fatihah.
  7. Membaca surah Ali-lmran (atau mana-mana surah)
  8. Ruku’ dan membaca tasbih (kira-kira 90 ayat)
  9. Iktidal
  10. Sujud dan membaca tasbih
  11. Duduk antara dua sujud
  12. Sujud kembali
  13. Berdiri untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua

  1. Membaca surah al-Fatihah
  2. Membaca surah al-Nisa’ (atau mana-mana surah)
  3. Ruku’ dan membaca tasbih (kira-kira 70 ayat)
  4. lktidal serta membaca surah al-Fatihah.
  5. Membaca surah al-Maidah (atau mana-mana surah)
  6. Ruku dan membaca tasbih (kira-kira 50 ayat)
  7. Iktidal
  8. Sujud dan membaca tasbih
  9. Duduk antara dua sujud
  10. Sujud kembali
  11. Membaca tasyahud akhir
  12. Memberi salam

*Sunat membaca 2 khutbah setelah sholat sunat gerhana sebagaimana dua khutbah Jumaat dari segi rukun dan syarat-syaratnya.

NOTA TAMBAHAN

i) Jika sholat berjemaah – Apabila makmum tertinggal ruku’ yang pertama sama ada dalam rakaat pertama atau rakaat kedua, dia dikira tidak mendapat rakaat itu. Maka, dia hendaklah menyempurnakan rakaat yang luput itu selepas Imam memberi salam.

ii) Menurut laman web Mufti Wilayah Persekutuan, Sholat Sunat Gerhana Bulan juga boleh dilakukan seperti biasa (hanya sekali ruku’ dalam setiap rakaat) seperti solat biasa tanpa memanjangkannya. Walaupun sah, namun cara ini tidak digalakkan karena berlainan daripada perbuatan Nabi.