Shalat Dhuha.

 Kembali


Yaitu   Shalat sunat yang dilakukan pada waktu pagi hari yaitu mulai matahari naik setinggi tombak atau kira kira jam 7 00  pagi sampai sebelum tergelincir matahari atau sebelum dzuhur. Jumlah raka’atnya minimal 2 raka’at dan maksimal 12 raka’at, namun tetap dikerjakan 2 raka’at salam , 2 raka’at salam..Pada raka’at pertama setalah Al Fathehah baca surat As Syam ( surat ini bukan wajib tapi merupakan keutamaan bagi yang hafal), dan pada raka’at kedua setelah Al Fathehah baca surat Ad dhuha.
     Niatnya   :   Usholli sunnatad dhuhaa ro’ataini lillahi ta’aala.


Tata Cara Sholat Dhuha 2 Rakaat

Untuk tata cara sholat dhuha 2 rakaat adalah sebagai berikut:

  1. Niat sholat dhuha
  1. Takbirotul Ihram
  1. Membaca Doa Iftitah (Sunnah)
  1. Membaca Surah Al-Fatihah
  1. Membaca Surah Ad-Dhuha
  1. Ruku’ dengan tuma’ninah
  1. I’tidal dengan tuma’ninah
  1. Sujud dengan tuma’ninah
  1. Duduk di antara dua sujud dengan tuma’ninah
  1. Sujud kedua dengan tuma’ninah
  1. Berdiri lagi untuk menunaikan rakaat kedua
  1. Membaca Surah Al-Fatihah
  1. Membaca Surah As-Syams
  1. Ruku’ dengan tuma’ninah
  1. I’tidal dengan tuma’ninah
  1. Sujud dengan tuma’ninah
  1. Duduk di antara dua sujud dengan tuma’ninah
  1. Sujud kedua dengan tuma’ninah
  1. Tasyahud Akhir dengan tuma’ninah
  1. Salam
  1. Membaca doa sholat dhuha

1. Surat Al-Waqiah
2. Surat Asy-Syams
3. Surat Ad-Duha
4. Surat Al-Kafirun
5. Surat Quraisy
6. Surat Al-Ikhlas
Demikianlah tata cara sholat dhuha 2 rakaat. Setelah selesai mengerjakan sholat dhuha dianjurkan untuk banyak berdoa.
dan berikut beberapa surat paling utama yang bisa kamu baca ketika melakukan sholat dhuha:

Ini menurut hadist sahih dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, ia berkata bahawa Rasulullah SAW, di mana diriwayatkan selesai solat Dhuha, baginda membaca doa Dhuha / mengucapkan:

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي، وَتُبْ عَلَيَّ، إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمِ

Bacaan rumi: Allahummagh fir lii wa tub ‘alayya, innaka antat tawwabur rahiim

artinya: Ya Allah, ampunilah aku dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang) sampai baginda membacanya seratus kali.

Kita juga boleh membacakan doa dhuha ini:

doa solat dhuha

Artinya: Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Kelebihan Solat Sunat Dhuha

Solat Dhuha merupakan salah satu solat sunat yang amat dituntut untuk dilakukan oleh setiap muslim.

Diwasiatkan oleh Nabi SAW

Nabi SAW telah mewasiatkan kepada Abu Hurairah RA agar tidak meninggalkan solat Dhuha ini:

“Kekasihku (Muhammad SAW) mengingatkan akan daku supaya melakukan tiga perkara iaitu: berpuasa tiga hari pada setiap bulan, melaksanakan solat Dhuha sebanyak dua rakaat dan melakukan solat Witir sebelum tidur.” 

[Riwayat al-Bukhari (1880) dan Muslim (721)]

Menyamai Sedekah Terhadap 360 Sendi

Antara kelebihan solat Dhuha yang lain adalah dua rakaat solat Dhuha menyamai kita telah melaksanakan sedekah terhadap 360 sendi di dalam badan kita. Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim:

Daripada Abi Zar RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

“Pada pagi hari, setiap sendi salah seorang daripada kamu memerlukan kepada sedekah. Maka setiap tasbih (subhanallah) itu adalah sedekah, setiap tahmid (alhamdulillah) itu adalah sedekah, setiap takbir (allahuakbar) itu adalah sedekah, menyuruh berbuat perkara yang baik adalah sedekah, melarang daripada perkara yang mungkar adalah sedekah. Dan semua itu cukup (bersedekah kepada semua sendi itu) dengan dua rakaat yang telah didirikan oleh seseorang itu daripada solat Dhuha.”

[Riwayat Muslim (720)]

Diberi Kecukupan

Daripada Nu’aim bin Hammar RA, bahawa Nabi SAW meriwayatkan daripada Allah SWT, firman Allah SWT:

“Wahai anak Adam! Janganlah kamu tinggalkan untukku 4 rakaat pada awal siangmu. Nescaya aku akan cukupkan bagimu di akhir siangmu.” 

[Riwayat al-Tirmizi (475) dan Abu Daud (1289)]