Nabi
Musa a.s.
Nabi Musa
a.s. ( Inggeris Mošé Tiberia Mōšeh; Arab: Mūsā; Ge’ez: Musse) merupakan
seorang nabi yang telah menerima Kitab Taurat.
Kelahiran
Nabi Musa
Nabi Musa
diutuskan oleh Allah bagi memimpin Kaum Israel ke jalan benar. Beliau merupakan
anak kepada Imran dan Yukabad binti Qahat, (Musa bin Imran bin Kohath bin Lewi
bin Yakqub bin Ishaq bin Ibrahim), bersaudara (adik-beradik mengikut sesetengah
periwayatan) dengan Nabi Harun, dilahirkan di Mesir pada pemerintahan Firaun.
Firaun
Dengan Mimpi
Waktu
kelahirannya cukup cemas karena Firaun mengadakan undang-undang supaya setiap
bayi lelaki yang dilahirkan terus dibunuh. Tindakan itu diambil karena dia
sudah terpengaruh dengan ahli nujum yang menafsirkan mimpinya. Firaun bermimpi
Mesir terbakar dan penduduknya mati, melainkan kalangan Kaum Israel, sedangkan
ahli nujum mengatakan kuasa negara itu akan jatuh ke tangan lelaki Kaum Israel.
Disebabkan kuatir, dia memerintahkan setiap rumah digeledah dan jika mendapati
bayi lelaki perlu dibunuh.
Ibu Nabi
Musa, Yukabad melahirkan seorang bayi lelaki (Musa) dan kelahiran itu
dirahasiakan. Karena merasa bimbang dengan keselamatan Musa, apabila musa
mencecah umur tiga bulan Musa dihanyutkan ke Sungai Nil. Musa yang terapung di
sungai itu ditemui isteri Firaun , Asiah sendiri ketika sedang mandi dan tanpa
lengah dia membawanya ke istana. Melihat isterinya membawa seorang bayi, Firaun
dengan tidak teragak-agak menghunuskan pedang untuk membunuh Musa. Asiah
berkata: “Janganlah dibunuh anak ini karena aku menyayanginya. Baik kita
menjadikannya seperti anak sendiri karena aku tidak mempunyai anak.” Dengan
kata-kata dari Asiah tersebut, Firaun tidak sampai hati untuk membunuh Musa.
Nabi
Musa Bertemu ibunya
Kemudian
Asiah mendapatkan pengasuh tetapi tidak seorang pun yang dapat menyusui Musa
dengan baik, malah dia asyik menangis dan tidak mau disusui. Selepas itu,
ibunya sendiri tampil untuk mengasuh dan membesarkannya di istana
Firaun.Al-Quran menguraikan peristiwa itu: “Maka Kami kembalikan Musa kepada
ibunya supaya senang hatinya dan tidak berdukacita dan supaya dia mengetahui
janji Allah itu benar, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.”
Pada satu
hari, Firaun mendukung Musa yang masih kanak-kanak, tetapi dengan tiba-tiba
janggutnya ditarik hingga dia kesakitan, lalu berkata: “Wahai isteriku, mungkin
kanak-kanak ini yang akan menjatuhkan kekuasaanku.” Isterinya berkata:
“Sabarlah, dia masih kanak-kanak, belum berakal dan mengetahui apa pun.” Sejak
berusia tiga bulan hingga dewasa Musa tinggal di istana itu sehingga orang
memanggilnya Musa bin Firaun. Nama Musa sendiri diberi keluarga Firaun. “Mu”
bermakna air dan “sa” bermaksud pokok sempena tempat penemuannya di tepi Sungai
Nil oleh Asiah.
Mukjizat
Nabi Musa hadapi Firaun
Kisah
pertembungan di antara mukjizat Nabi Musa dengan sihir dari tukang sihir firaun
dikata bermula disebab satu peristiwa di mana pada satu ketika semasa Musa
mengambil meninjau di sekitar kota dan kemudian beliau terserempak dua lelaki
sedang berkelahi, masing-masing di kalangan Bani Israel bernama Samiri dan
bangsa Firaun, Fatun. Melihatkan pergaduhan itu Musa mahu mententeramkan
mereka, tetapi ditepis Fatun. Tanpa lengah Musa terus mengayunkan satu penumbuk
ke atas Fatun, lalu tersungkur dan meninggal dunia.
Apabila
mendapati lelaki itu meninggal dunia karena tindakannya, Musa memohon ampun
kepada Allah seperti dinyatakan dalam al-Quran: “Musa berdoa: Wahai Tuhanku,
sesungguhnya aku telah menganiayai diriku sendiri karena itu ampunilah aku.
Maka Allah mengampuninya, sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang.”
Tetapi,
tidak lama kemudian orang ramai mengetahui kematian Fatun disebabkan Musa dan
berita itu turut disampaikan kepada pemimpin kanan Firaun. Akhirnya mereka mau
menangkap Musa. Disebabkan terdesak, Musa mengambil keputusan keluar dari
Mesir. Beliau berjalan tanpa arah dan tujuan, tetapi selepas delapan hari,
beliau sampai di kota Madyan, iaitu kota Nabi Syu’aib di timur Semenanjung Sinai
dan Teluk Aqabah di selatan Palestin.
Musa
tinggal di rumah Nabi Syu’aib(Jethro) beberapa lama sehingga berkawin dengan
anak gadisnya bernama Shafura(Zipporah). Selepas menjalani kehidupan suami
isteri di Madyan, Musa meminta izin Syu’aib untuk pulang ke Mesir.Dalam
perjalanan itu, akhirnya beliau dan isterinya tiba di Bukit Sina. Dari jauh,
beliau melihat nampak api, lalu terfikir mau mendapatkannya untuk dijadikan
penyuluh jalan. Beliau meninggalkan isterinya sebentar untuk mendapatkan api
itu. Apabila sampai di tempat api menyala itu, beliau mendapati api menyala
pada sebatang pokok, tetapi tidak membakar pokok berkenaan. Ini mengherankannya
dan ketika itu beliau terdengar suara wahyu daripada Tuhan.
Selepas
itu Allah berfirman kepadanya, bermaksud: “….Wahai Musa sesungguhnya Aku Allah,
yaitu Tuhan semesta alam.”
Firman-Nya
lagi, bermaksud: “Dan lemparkan tongkatmu, apabila tongkat itu menjadi ular
Musa melihatnya bergerak seperti seekor ular, dia mundur tanpa menoleh. Wahai
Musa datanglah kepada-Ku, janganlah kamu takut, sungguh kamu termasuk orang
yang aman.”
Selepas
itu Allah berfirman lagi kepada Musa, maksudnya: “Masukkan tanganmu ke leher
bajumu, pasti keluar putih bersinar dan dekapkan kedua tanganmu ke dada karena
ketakutan….”
Tongkat
menjadi ular dan tangan putih berseri-seri itu adalah dua mukjizat yang
dikaruniakan Allah kepada Musa, ketika beliau dalam perjalanan pulang dari
Madyan ke Mesir, bagi menghadapi Firaun dan pengikutnya yang fasik. Firaun
cukup marah mengetahui kepulangan Musa yang mau membawa ajaran lain daripada
yang diamalkan selama ini sehingga memanggil semua ahli sihir untuk mengalahkan
dua mukjizat berkenaan. Ahli sihir Firaun masing-masing mengeluarkan keajaiban,
ada antara mereka melempar tali terus menjadi ular. Namun, semua ular yang
dibawa ahli sihir itu ditelan ular besar yang berasal daripada tongkat Musa.
Firman
Allah bermaksud: “Dan lemparkanlah apa yang ada di tangan kananmu, pasti ia
akan menelan apa yang mereka buat. Sesungguhnya apa yang mereka buat itu hanya
tipu daya tukang sihir dan tidak akan menang tukang sihir itu dari mana saja ia
datang.”
Semua
keajaiban ahli sihir itu ditewaskan Musa menggunakan dua mukjizat berkenaan,
menyebabkan sebagian daripada kalangan pengikut Firaun, termasuk isterinya
mengikuti ajaran yang dibawa Musa. Melihatkan ahli sihir dan sebagian
pengikutnya beriman dengan ajaran Nabi Musa, Firaun marah, lalu menghukum
golongan berkenaan. Manakala isterinya sendiri disiksa hingga meninggal dunia.
Nabi Musa
bersama orang beriman terpaksa melarikan diri sehingga mereka sampai di Laut
Merah. Namun, Firaun dan tentaranya yang sudah mengamuk mengejar mereka dari
belakang, tetapi semua mereka mati ditenggelamkan laut.
Al-Quran
menceritakan: “Dan ingatlah ketika Kami belah laut untukmu, lalu Kami
selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan Firaun dan pengikutnya sedang kamu
sendiri menyaksikan.”
Nabi
Musa bermunajat di Bukit Sina
SELEPAS
keluar dari Mesir, Nabi Musa bersama sebagian pengikutnya dari kalangan Bani
Israel menuju ke Bukit Sina untuk mendapatkan kitab panduan daripada Allah.
Namun, sebelum itu Musa disyaratkan berpuasa selama 30 hari pada Zulkaedah.
Ketika mahu bermunajat, beliau beranggapan bau mulutnya kurang menyenangkan.
Beliau menggosok gigi dan mengunyah daun kayu, lalu perbuatannya ditegur
malaikat dan beliau diwajibkan berpuasa 10 hari lagi.Dengan itu puasa Musa
genap 40 hari.
Sewaktu
bermunajat, Musa berkata: “Ya Tuhanku, nampakkanlah zatMu kepadaku supaya aku
dapat melihatMu.” Allah berfirman: “Engkau tidak akan sanggup melihatKu, tetapi
coba lihat bukit itu. Jika ia tetap berdiri tegak di tempatnya seperti
sediakala, maka niscaya engkau dapat melihatku.” Musa terus memandang ke arah
bukit yang dimaksudkan itu dan dengan tiba-tiba bukit itu hancur hingga masuk
ke perut bumi, tanpa meninggalkan bekasnya.Musa terperanjat dan gementar
seluruh tubuh lalu pingsan.
Bertasbih
Apabila
sadar, Musa terus bertasbih dan memuji Allah, sambil berkata: “Maha besarlah
Engkau ya Tuhan, ampuni aku dan terimalah taubatku dan aku akan menjadi orang pertama
beriman kepadaMu.” Sewaktu bermunajat, Allah menurunkan kepadanya kitab Taurat.
Menurut ahli tafsir, ketika itu kitab berkenaan berbentuk kepingan batu atau
kayu, namun padanya terperinci segala panduan ke jalan diridhai Allah.
Sebelum
Musa pergi ke bukit itu, beliau berjanji kepada kaumnya tidak akan meninggalkan
mereka lebih 30 hari. Tetapi Nabi Musa tertunda 10 hari, karena terpaksa
mencukupkan 40 hari puasa. Bani Israel kecewa dengan kelewatan Musa kembali
kepada mereka. Ketiadaan Musa membuatkan mereka seolah-olah dalam kegelapan dan
ada antara mereka berfikir keterlaluan dengan menyangka beliau tidak akan
kembali lagi. Dalam keadaan tidak menentu itu, seorang ahli sihir dari kalangan
mereka bernama Samiri mengambil kesempatan menyebarkan perbuatan syirik. Dia
juga mengatakan Musa tersesat dalam mencari tuhan dan tidak akan kembali.
Ketika itu juga, Samiri membuat sapi betina daripada emas. Dia memasukkan
segumpal tanah, bekas dilalui tapak kaki kuda Jibril ketika mengetuai Musa dan
pengikutnya menyeberangi Laut Merah. Patung itu dijadikan Samiri
bersuara.(Menurut cerita, ketika Musa dengan kudanya mau menyeberangi Laut
Merah bersama kaumnya, Jibril ada di depan terlebih dulu dengan menaiki kuda
betina, kemudian diikuti kuda jantan yang dinaiki Musa dan pengikutnya.
Kemudian Samiri menyeru kepada orang ramai: “Wahai kawan-kawanku, rupanya Musa
sudah tidak ada lagi dan tidak ada gunanya kita menyembah Tuhan Musa itu.
Sekarang, mari kita sembah anak sapi yang diperbuatkan daripada emas ini. Ia
dapat bersuara dan inilah tuhan kita yang patut disembah.”
Selepas
itu, Musa kembali dan melihat kaumnya menyembah patung anak sapi. Beliau marah
dengan tindakan Samiri.
Firman
Allah: “Kemudian Musa kembali kepada kaumnya dengan marah dan bersedih hati.
Berkata Musa; wahai kaumku, bukankah Tuhanmu menjanjikan kepada kamu suatu
janji yang baik? Apakah sudah lama masa berlalu itu bagimu atau kamu
menghendaki supaya kemurkaan Tuhanmu menimpamu, kerana itu kamu melanggar
perjanjianmu dengan aku.”
Musa
bertanya Samiri, seperti diceritakan dalam al-Quran: “Berkata Musa; apakah yang
mendorongmu berbuat demikian Samiri? Samiri menjawab: Aku mengetahui sesuatu
yang mereka tidak mengetahuinya, maka aku ambil segenggam tanah (bekas tapak
Jibril) lalu aku masukkan dalam patung anak sapi itu. Demikianlah aku menuruti
dorongan nafsuku.”
Kemudian
Musa berkata: “Pergilah kamu dan pengikutmu daripadaku, patung anak sapi itu
akan aku bakar dan lemparkannya ke laut, sesungguhnya engkau akan mendapat
siksa.”Umat Nabi Musa bersifat keras kepala, hati mereka tertutup oleh
kekufuran, malah gemar melakukan perkara terlarang, sehingga sanggup menyatakan
keinginan melihat Allah, baru mau beriman.
Firman
Allah: “Dan ingatlah ketika kamu berkata: Wahai Musa, kami tidak akan beriman
kepadamu sebelum kami melihat Allah dengan terang, karena itu kamu disambar
halilintar, sedangkan kamu menyaksikannya. Selepas itu Kami bangkitkan kamu
selepas mati, supaya kamu bersyukur.”
Kezaliman
Firaun
Allah
memberikan banyak nikmat kepada Bani Israel, antaranya dibebaskan daripada
kezaliman Firaun, menjalani kehidupan di kawasan subur, mempunyai Taurat dan
rasul di kalangan mereka, tetapi mereka tidak bersyukur, malah memberikan
pelbagai alasan. Mereka juga membelakangi wahyu Allah kepada Musa supaya berpindah
ke Palestin. Alasan diberikan karena mereka takut menghadapi suku Kan’an.
Telatah Bani Israel yang pengecut itu menyedihkan hati Musa, lalu beliau
berdoa: “Ya Tuhanku, aku tidak menguasai selain diriku dan diri saudaraku
Harun, maka pisahkanlah kami dari orang fasik mengingkari nikmat dan kurniaMu.”
Hukuman
Bani Israel yang menolak perintah itu ialah Allah mengharamkan mereka memasuki
Palestin selama 40 tahun dan selama itu mereka berkeliaran di atas muka bumi
tanpa tempat tetap.Mereka hidup dalam kebingungan sehingga semuanya musnah.
Palestin kemudian dihuni oleh generasi baru.
Bani
Israel juga memperlekehkan rasul mereka, yang dapat dilihat melalui kisah sapi
seperti dalam surah al-Baqarah: “Dan ingatlah ketika Musa berkata kepada
kaumnya, sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyembelih sapi betina. Mereka
berkata; apakah kamu hendak menjadikan kami bahan ejekan…”
Musa
meninggal dunia ketika berusia 120 tahun, tetapi ada pendapat menyatakan
usianya 150 tahun di Bukit Nabu’, tempat diperintahkan Allah untuk melihat
tempat suci yang dijanjikan, yaitu Palestin. Tetapi beliau tidak sempat
memasukinya.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Nabi
Harun a.s
Nabi
Harun a.s telah diminta oleh Nabi Musa a.s pada Allah S.W.T dalam membantu
memperkembangkan agama Allah.
Nabi
Harun fasih berbicara
Harun bin
Imran bin Qahits bin Lawi bin Yaakub bin Ishak bin Ibrahim. Baginda ialah
adik-beradik seibu Nabi Musa, diutuskan untuk membantu Musa memimpin Bani
Israel ke jalan yang benar.
Firman
Allah bermaksud: “Dan Kami telah menganugerahkan kepadanya sebagian rahmat
Kami, yaitu saudaranya, Harun menjadi seorang nabi.”
Harun
dilahirkan tiga tahun sebelum Musa. Beliau yang fasih berbicara dan mempunyai
pendirian tetap sering mengikuti Musa dalam menyampaikan dakwah kepada Firaun,
Hamman dan Qarun. Nabi Musa sendiri mengakui saudaranya fasih berbicara dan
berdebat, seperti diceritakan al-Quran: “Dan saudaraku Harun, dia lebih fasih
lidahnya daripadaku, maka utuslah dia bersamaku sebagai pembantuku untuk
membenarkan (perkataan) ku, sesungguhnya aku kuatir mereka akan berdusta.”
Sepanjang peninggalan Nabi Musa untuk bermunajat di Thur Sina, Harun juga
diberikan amanah untuk mengawasi dan memimpin penduduk Bani Israel daripada
melakukan kemungkaran, apa lagi menyekutukan Allah dengan benda lain. Musa
berkata kepada Harun: “Gantikanlah aku dalam (memimpin) kaumku dan perbaikilah,
jangan kamu mengikuti jalan orang yang melakukan kerusakan.”
Bagaimanapun,
sepanjang pemergian Musa ke Thur Sina, berlaku ujian terhadap Bani Israel.
Sebilangan mereka menyekutukan Allah dengan menyembah anak lembu yang diperbuat
daripada emas oleh Samiri. Mereka menyembah patung lembu itu selepas terpedaya
dengan tipu daya Samiri yang menjadikannya sehingga boleh bercakap. Harun sudah
mengingatkan mereka kelakuan itu adalah dosa besar, namun segala nasehat dan
peringatan berkenaan tidak dipedulikan.
Setelah
bermunajat selama 40 hari, Musa kembali kepada kaumnya dan sungguh terkejut
dengan perbuatan menyembah patung lembu itu. Musa bukan saja marah kepada
kaumnya, malah Harun sendiri turut ditarik kepala dan janggutnya. Musa bertanya
kepada Harun: “Wahai Harun, apa yang menghalangi engkau daripada mencegah
mereka ketika engkau melihat mereka sesat? Apakah engkau tidak mengikut aku
atau engkau mendurhakai perintahku?”. Harun berkata: “Wahai anak ibuku,
janganlah engkau renggut janggutku dan janganlah engkau tarik kepalaku,
sesungguhnya aku takut engkau akan berkata, “engkau adakan perpecahan dalam
Bani Israel dan engkau tidak pelihara perkataanku.” Kemudian Musa mendapatkan
Samiri, lalu berkata: “Pergilah kamu dari sini bersama pengikutmu. Patung sapi
itu yang menjadi tuhanmu akan aku bakar, kemudian aku akan hanyutkan ke dalam
laut. Kamu dan pengikutmu pasti mendapat siksa.”
Nabi
Harun hidup selama 122 tahun. Baginda wafat 11 bulan sebelum kematian Musa, di
daerah al Tiih, yaitu sebelum Bani Israel memasuki Palestin. Mengenai Bani
Israel, mereka memang degil, banyak soal dan sukar dipimpin, namun dengan
kesabaran Musa dan Harun, mereka dapat dipimpin supaya mengikuti syariat Allah,
seperti terkandung dalam Taurat ketika itu.
Selepas
Harun dan Musa meninggal dunia, Bani Israel dipimpin oleh Yusya’ bin Nun.
Namun, selepas Yusya’ mati, lama-kelamaan sebilangan besar mereka meninggalkan
syariat yang terkandung dalam Taurat. Malah, ada kalangan mereka yang mengubah
hukum di dalam kitab berkenaan, sehingga menimbulkan perselisihan dan perbedaan
pendapat, akhirnya menyebabkan perpecahan Bani Israel.
Kisahnya
bersama sama nabi musa
Contoh
kisah dalam al qur an
Surat 020. Thaahaa ayat 42 – 48
42. Pergilah kamu beserta saudaramu dengan membawa
ayat-ayat-Ku, dan janganlah kamu berdua lalai dalam mengingat-Ku;
43. Pergilah kamu berdua kepada Fir'aun, Sesungguhnya Dia
telah melampaui batas;
44. Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan
kata-kata yang lemah lembut, Mudah-mudahan ia ingat atau takut".
45. berkatalah mereka berdua: "Ya Tuhan Kami,
Sesungguhnya Kami khawatir bahwa ia segera menyiksa Kami atau akan bertambah
melampaui batas".
46. Allah berfirman: "Janganlah kamu berdua khawatir,
Sesungguhnya aku beserta kamu berdua, aku mendengar dan melihat".
47. Maka datanglah kamu berdua kepadanya (Fir'aun) dan
Katakanlah: "Sesungguhnya Kami berdua adalah utusan Tuhanmu, Maka
lepaskanlah Bani Israil bersama Kami dan janganlah kamu menyiksa mereka[921].
Sesungguhnya Kami telah datang kepadamu dengan membawa bukti (atas kerasulan
Kami) dari Tuhanmu. dan keselamatan itu dilimpahkan kepada orang yang mengikuti
petunjuk.
48. Sesungguhnya telah diwahyukan kepada Kami bahwa siksa
itu (ditimpakan) atas orang-orang yang mendustakan[922] dan
berpaling[923].
Surat 037. Ash Shaaffat ayat 114 – 122
114. dan Sesungguhnya Kami telah melimpahkan nikmat atas
Musa dan Harun.
115. dan Kami selamatkan keduanya dan kaumnya dari bencana
yang besar.
116. dan Kami tolong mereka, Maka jadilah mereka
orang-orang yang menang.
117. dan Kami berikan kepada keduanya kitab yang sangat
jelas.
118. dan Kami tunjuki keduanya ke jalan yang lurus.
119. dan Kami abadikan untuk keduanya (pujian yang baik)
dikalangan orang-orang yang datang kemudian;
120. (yaitu): "Kesejahteraan dilimpahkan atas Musa dan
Harun".
121. Sesungguhnya Demikianlah Kami memberi Balasan kepada
orang- orang yang berbuat baik.
122. Sesungguhnya keduanya Termasuk hamba-hamba Kami yang
beriman.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
[921] Bani Israil di waktu mereka berada di Mesir adalah
dibawah perbudakan Fir'aun. mereka dipekerjakan untuk mendirikan
Bangunan-bangunan yang besar dan kota-kota dengan kerja paksa. Maka Nabi Musa
a.s. meminta kepada Fir'aun agar mereka dibebaskan.
[922] Maksudnya: mendustakan ajaran-ajaran dan
petunjuk-petunjuk yang dibawa oleh rasul.
[923] Maksudnya: tidak memperdulikan ajaran dan
petunjuk-petunjuk rasul.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------